COVID-19: Yangzhou Perkasa Kawalan Kawasan Komuniti

2021-08-11 11:31:06  CRI
Share with:

Pihak berkuasa bandar Yangzhou, provinsi Jiangsu di timur China memperkasakan kawalan terhadap komuniti yang ditutup susulan penularan baharu COVID-19 mutakhir ini.

Setakat petang Isnin, dilaporkan terdapat 87 kawasan berisiko sederhana dan dua kawasan berisiko tinggi di bandar tersebut.

Berikutan tiada sebarang pergerakan keluar dan masuk dibenarkan di kawasan kediaman yang ditutup, setiap keluarga hanya akan menerima barang keperluan harian menerusi  khidmat sukarelawan yang menghantar dari pintu ke pintu.

Menurut kerajaan tempatan, bekalan pasaran di bandar Yangzhou kini mencukupi dan penduduk di kawasan yang ditutup disediakan dengan tiga pilihan pakej bekalan harian.

Selain itu, mereka juga boleh menempah penghantaran masakan dan snek dari kedai dan menerima barang kiriman termasuk dari rakan dan saudara mara.

Ketika ini, direkodkan hampir 700 ahli perubatan termasuk pakar bertaraf kebangsaan sedang terlibat dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di Yangzhou.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), sebanyak 108 kes COVID-19 melibatkan jangkitan tempatan dilaporkan di Tanah Besar China pada Isnin, dan 50 daripadanya adalah di provinsi Jiangsu.

张哲