Antisains, Punca AS Gagal dalam Perangi COVID-19

2021-08-12 13:27:17  CRI
Share with:

Antisains, Punca AS Gagal dalam Perangi COVID-19_fororder_1104743002

"Ada orang mengibaratkan usaha melawan COVID-19 seperti berperang. Kita harus memastikan musuh kita ialah virus dan bukannya sains." Inilah amaran yang dibuat mantan Pengerusi Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (AS), Patrice A. Harris pada tahun lalu. Sayangnya, hingga hari ini, suara rasional seumpama itu masih belum menjadi arus perdana di negara itu.

Disebabkan kepentingan diri politik dan perbalahan parti, beberapa ahli politik di Washington menunjukkan sikap antisains dan antiakal dalam menghadapi wabak, mengejutkan dunia dan menyebabkan masyarakat AS menanggung kerugian yang teruk.

Laporan yang bertajuk "AS paling berjaya? Hakikat AS Memerangi Wabak" yang dikeluarkan bersama oleh tiga kumpulan pemikir terkenal China pada Isnin lalu, membongkarkan keadaan sebenar tindakan memerangi wabak di AS, di samping menunjukkan kegagalan kerajaan AS yang antisains dan antiakal dalam pencegahan dan kawalan wabak, dasar dan tindakan, serta penyelidikan berkaitan pencarian asal usul wabak. Kekurangan pendekatan saintifik adalah sebab utama AS menjadi "negara paling gagal dalam memerangi wabak di dunia".

Yang lebih menjijikkan lagi adalah sikap antisains beberapa ahli politik AS juga ditunjukkan mereka dalam isu pencarian asal usul virus. Menghadapi kegagalan besar dalam pencegahan dan kawalan wabak, pucuk pimpiman di Rumah Putih yang menyelesaikan peralihan kuasa masih enggan mengambil iktibar, sebaliknya terus menggembar-gemburkan teori konspirasi "kebocoran makmal" dan menyalahkan negara lain.

AS selaku kuasa terbesar di dunia menjadi negara paling gagal dalam memerangi wabak. Jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu melebihi jumlah kematian dalam peperangan sepanjang 100 tahun lalu. Inilah jenayah ahli politik AS yang antisains dan antiakal terhadap rakyatnya.

Kita semakin sedar bahawa tidak kira betapa kuatnya AS dan seberapa maju teknologinya, sekiranya membiarkan ahli politik yang mementingkan diri untuk menculik sains dan hilang rasionalitas, tidak kira seberapa besar malapetaka akan berlaku. Adakah Washington akan terus mengekalkan jalan antisains dan antiakal yang salah ini? Jangan lupa, lebih daripada 610,000 nyawa telah diragut.

覃淼