Lithuania Digesa Betulkan Kesalahan

2021-08-12 14:47:38  CRI
Share with:

Lithuania Digesa Betulkan Kesalahan_fororder_微信图片_20210812110210

Lithuania membelangi pedoman penjalinan hubungan diplomatik China-Lithuania dan mengizinkan pihak berkuasa Taiwan menubuhkan "perwakilan" dengan nama "Taiwan" di negara itu. China pada Selasa mengumumkan akan memanggil balik duta dari Lithuania dan menuntut kerajaan Lithuania memanggil balik dutanya dari China. Langkah China tersebut memberikan isyarat jelas bahawa mana-mana pihak yang menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China akan dikenakan tindakan balas yang sewajarnya.

Sejak tahun ini, Lithuania bersubahat dengan pihak berkuasa Taiwan dan mencetuskan provokasi terhadap China.

Pada Julai lalu, Lithuania mengizinkan pihak berkuasa Taiwan menubuhkan "perwakilan" dengan nama "Taiwan" di Vilnius, ibu negaranya. Langkah tersebut membelakangi prinsip satu China yang menjadi konsensus masyarakat antarabangsa serta menjejaskan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China. Tindakan China memanggil balik dutanya merupakan tindakan munasabah dan mustahak untuk memelihara kepentingan asas negara, dan juga amaran kepada negara-negara yang berniat jahat seperti Lithuania.

Adalah jelas bahawa tindakan Lithuania itu adalah bertujuan untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS) supaya Washington dapati memberikan perhatian terhadap permintaannya.

Walau bagaimanapun, tumpuan strategi AS adalah di rantau Indo-Pasifik. Lithuania, negara kecil di pesisir Lautan Baltik terlalu remeh dalam strategi AS dan tidak akan diberi perhatian yang diingini Lithuania.

Tindakan China memanggil balik dutanya sekali lagi menunjukkan bahawa prinsip satu China merupakan asas politik bagi hubungan bilateral antara China dengan negara lain. Keazaman kerajaan dan rakyat China untuk mewujudkan penyatuan semula tanah air tidak akan goyah. Lithuania perlu segera membetulkan kesalahannya dan mengambil tindakan untuk menghapuskan kesan buruk agar jangan terus menempuh jauh di jalan yang salah.

徐国玮