AS Paling Gagal Memerangi Wabak

2021-08-13 13:52:07  CRI
Share with:

AS Paling Gagal Memerangi Wabak_fororder_锐评

Berdasarkan statistik terkini New York Times, jangkitan harian purata COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh seminggu lalu telah melebihi 118,000, manakala lebih 66,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap hari.

Kebanyakan hospital di negara itu beroperasi dalam kapasiti penuh. Setakat 11 Ogos waktu tempatan, jumlah kes jangkitan COVID-19 di AS telah melebihi 36 juta, dan jumlah kematian melebihi 610,000. Kedua-dua angka tersebut masing-masing tertinggi di dunia.

Situasi kritikal tersebut menjadikan gelaran "AS paling berjaya dalam memerangi pandemik COVID-19 di dunia" oleh Bloomberg sebelum ini amat ironik, di samping membuktikan dapatan laporan penyelidikan oleh tiga kumpulan pemikir China pada Isnin lalu, iaitu AS paling gagal dalam memerangi wabak di dunia.

Laporan yang bertajuk "AS paling berjaya? Hakikat AS Memerangi Wabak" tersebut membongkarkan keadaan sebenar tindakan memerangi wabak di AS, di samping membidas kenyataan "AS paling berjaya", serta menunjukkan bahawa orang awam AS menjadi mangsa percaturan kuasa.

Kepentingan politik di atas nyawa rakyat, inilah sebab utama kegagalan AS. Pada peringkat awal penularan wabak, kerja pencegahan dan pengawalan teleh menjadi alat percaturan kuasa antara kedua-dua parti di negara itu.

Politik diutamakan, bukannya nyawa rakyat. Falsafah yang kejam tersebut boleh memberi jawapan kepada beberapa perihal yang sukar difahami. Presiden menjadi penyebar maklumat palsu, manakala saintis dan tokoh profesional yang jujur disekat. Selain itu, AS dah biasa mengambinghitamkan negara lain melalui penyebaran komplot membabitkan asal urus virus, malah membiarkan warga AS bebas berjalan ke luar negara.

Gagal mengawal penularan wabak dalam negeri, di samping mengganggu kerjasama antarabangsa. Pengalaman kuasa gergasi yang gagal itu menandakan, wabak COVID-19 ini serba menjadi malapetaka kemansusiaan. Tidak hairanlah William Foege, ahli epidemiologi AS yang juga bekas ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyifatkannya "pembunuhan beramai-ramai".

胡星