Shen Lijun: Saya Barulah Penentu Nasibku

2021-08-13 14:03:04  CRI
Share with:

Pada 25 Julai lalu, pertandingan akhir angkat berat lelaki kategori 67 kilogram dalam Sukan Olimpik 2020 sedang dijalankan di Balai Angkat Berat Tokyo. Atlet China, Shen Lijun dan atlet dari Kolombia Luis Javier Mosquera Lozano akan bersaing untuk merebut pingat emas acara ini. Dalam pertandingan pusingan kedua, Shen Lijun yang telah meragut barbel seberat 150 kilogram, tetap diputuskan gagal mengikut peraturan berkenaan, iaitu aksinya tidak ditahan sampai tiga saat dengan barbel diangkat di atas kepalanya .

Kemudian, Mosquera sekali lagi menjayakan percubaannya dengan meragut keberatan 151 kilogram, sehingga mendahului Shen Lijun dengan enam kilogram.

Seterusnya dalam pertandingan pusingan ketiga, Shen Lijun gagal lagi dalam percubaan meragut barbel seberat 151 kilogram.

Dalam acara mengangkat jerk yang diadakan berikutnya, Shen Lijun dan Mosquera masing-masing menjayakan percubaan pertama dengan mengangkat 175 kilogram. Kemudian, dalam pusingan kedua, Mosquera mengangkat barbel seberat 180 kilogram dengan jayanya. Skuad Kolombia mulai merayakan kejayaan Mosquera dalam suasana riang gembira kerana atlet mereka mendahului Shen Lijun dengan 11 kilogram, yang dianggap tidak mungkin diatasi lagi oleh atlet China.

Suasana dalam ruang rehat skuad China amat sunyi dan genting, Shen Lijun masih ada dua percubaan mengangkat, dan bolehkah beliau mengubah situasi ini?

187 kilogram! Inilah keberatan yang akan dicabarkan Shen Lijun yang turut ditunjukkan melalui skrin. Shen Lijun belum pernah mengangkat barbel yang seberat begini. Kalau berjaya, beliau akan mengatasi Mosquera dengan satu kilogram, sekali gus memenangi pingat emas.

Pada masa itu, seluruh gimnasium tiba-tiba menjadi sunyi, dan semua orang berfokus pada Shen Lijun.

Shen Lijun: Saya Barulah Penentu Nasibku_fororder_untitled

Shen Lijun dilahirkan di kaunti Anhua, yang pernah tersenarai sebagai kaunti miskin peringkat kebangsaan, provinsi Hunan China. Bapanya terkenal di kampung halamannya dengan badan yang kuat dan kemampuan mengangkat barang yang berat. Sebelum bermulanya sesi memilih anggota baru pasukan angkat berat di sekolah sukan kanak-kanak tempatan pada tahun 2003, ada orang mencalonkan Shen Lijun yang masih anak kecil ketika itu kepada jurulatih Jiang Yilong. Ketika menemui Shen Lijun yang berumur 10 tahun di rumahnya, Jiang mendapati budak yang amat kurus itu hanya setinggi 1.3 meter.

Bagaimanapun, jurulatih Jiang turut membuat beberapa ujian terhadap Shen Lijun, dan mendapat hasil yang amat mengejutkan. Misalnya budak itu boleh melompat sejauh 2.36 meter tanpa memakai kasut, dan melakukan tekan tubi sebanyak lebih 50 kali tanpa berhenti. Jurulatih Jiang segera mencadangkan ibu bapanya agar menghantar anak mereka ke sekolah sukan. Bapanya terus menyokong, tetapi ibunya bimbang sedikit sebanyak seperti latihan angkat berat terlalu sukar, dan jodoh pun sukar dicari dengan badan yang pendek akibat latihan itu, malahan belum tentu sama ada boleh mencapai prestasi yang teruja atau tidak.

Jurulatih Jiang kemudian menziarahi rumah Shen sebanyak lima kali pada percutian musim panas untuk menasihati ibu Lijun dengan keyakinannya terhadap Lijun yang berpotensi mencapai kejayaan dalam bidang angkat berat. Mempertimbangkan keluarga Shen yang memang kurang mampu, Jiang berjanji boleh membebaskan semua kos pembelajaran untuk Lijun. Tambahan pula dengan dirayu-rayu Lijun, akhirnya ibunya bersetuju hal tersebut dengan perasaan enggan.

Shen Lijun: Saya Barulah Penentu Nasibku_fororder_6f061d950a7b0208fac41848cfbc10db562cc8fc

Setelah masuk ke sekolah sukan, Shen mula mengikuti latihan dengan bersungguh-sungguh, misalnya datang awal dan balik lambat setiap hari. Latihan angkat berat amat membosankan dan penuh susah payah, terbukti dengan aksi angkat dan letaknya perlu dijalankan ratusan kali setiap hari. Lijun sama sekali tidak pernah menunduk kepada susah payah itu, dan terus memperjuangkan kemajuan dengan sepenuh hati.

Malangnya, belum genap setahun setelah Lijun masuk sekolah sukan, ibunya terpaksa memikul beban berat untuk menjaga keluarganya yang mempunyai lima anggkota, termasuk bapanya yang baru terjatuh sakit, pakcik yang hidup bergantung kepada ubat dan nenek yang sudah lanjut usia. Selepas mengetahui keadaan ini, Lijun segera balik rumah, memutuskan akan menghentikan latihan, meluangkan masa untuk mencari rezeki untuk mengurangkan beban ibunya.

Setelah mengetahui berita ini, jurulatih Jiang sangat bimbang dan segera pergi ke rumah Lijun. Beliau berkata kepada ibunya bahawa beliau faham keadaan keluarga Shen. ‘Cuma, budak seperti Lijun yang berbakat besar dalam bidang sukan terlalu hebat! Tak tahu beberapa lama lagi perlu saya tunggu untuk mendapati seorang lagi yang mempunyai bakat seumpama itu. Sebagai ibu bapa si hebat itu seharusnya mempunyai pandangan jauh terhadap perkembangannya’. Beliau yakin anak ini pasti akan mencapai prestasi yang teruja berdasarkan bakatnya, dan memenangi juara kebangsaan dan juara dunia pada masa akan datang. Itulah balas terhadap budi ibubapa.

Ucapan jurulatih Jiang turut memperkukuh keyakinan dan sokongan ibu terhadap karir pilihan anaknya.

Sejak itulah, ibu Lijun yang hidup secara jimat cermat, mengambil tiga kerja sehari di ibu kota provinsi Hunan, dan mengirim gaji balik ke rumah dengan sebanyak mungkin.

Shen Lijun yang dibujuk kembali ke sekolah menjadi lebih tekun dan rajin dalam latihan rutin, dan turut menjadi semakin kuat melalui latihan yang sush payah itu yang berlangsung selama enam tahun.

Shen Lijun: Saya Barulah Penentu Nasibku_fororder_dc54564e9258d10997896e4c7c3d2eb76d814d50

Pada tahun 2010, Shen Lijun menobatkan diri dalam Kejohanan Belia Dunia pada usia 17 tahun.

Pada tahun 2013, Lijun muncul sebagai johan dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia. Dengan demikian, beliau mendapat ganjaran yang cukup untuk melunaskan semua hutang keluarga dan membeli sebuah peti sejuk yang berpintu dua yang diidamkan bapanya selama beberapa tahun. Namun kasihan, bapanya yang sudah meninggal dunia pada tahun 2012, tidak dapat menikmati saat yang membanggakan ini.

Pada tahun 2015, Lijun muncul semula sebagai juara dalam Kejohanan Dunia, malah berjaya mencipta rekod dunia baharu.

Pada tahun 2016, Lijun yang bersiap bertanding dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tiba-tiba berasa kejang pada kakinya sebelum bermulanya pertandingan. Bagaimanapun, beliau terpaksa berjalan ke gelanggang dengan menahan kesakitan yang teruk, seterusnya memegang barbel dan berusaha dengan sedapat mungkin untuk mengangkatnya, dan akhirnya terpaksa menghentikan aksinya sebaik saja barbel diangkat sampai posisi setinggi bahunya.

Kegagalan ini tidak memadam semangat perjuangan Lijun. Sejak pulang dari Rio de Janeiro, beliau memulakan lagi latihan yang susah payah, dengan menyasarkan pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020.

Shen Lijun: Saya Barulah Penentu Nasibku_fororder_8b13632762d0f703b92ade1cad9fb3352497c5c0

Marilah kita kembali ke gimnasium angkat berat Tokyo pada 25 Julai lalu, pertandingan akhir angkat berat lelaki kategori 67 kilogram sedang dijalankan. Shen Lijun berjalan ke gelanggang dengan langkah yang stabil, lalu berdiri di depan barbel, kemudian sambil melaung sambil memegang barkel dan akhirnya berjaya mengangkat barbel sampai ke atas kepala. Menurut peraturan acara jerk bersih, atlet perlu menahan aksinya sekurang-kurangnya tiga saat selepas barbel diangkat ke atas kepala. Dengan demikian, percubaan berkenaan barulah diputuskan berjaya. Pada saat itu, badan Shen Lijun kelihatan bergoyah sedikit. 187 kilogram, yang tidak pernah dicabar oleh semua atlet Sukan Olimpik termasuk Shen Lijun.

Syabas! Shen Lijun berdiri dengan mengangkat barbel selama enam saat. Tentulah percubaannya diputuskan berjaya. Rekod Sukan Olimpik yang baharu turut diciptakan.

Lagu kebangsaan China boleh kedengaran lagi di gelanggang angkat berat.

Pada hari keesokan, Shen Lijun berkongsi perkataannya dalam media sosial China Weibo, “Inilah semangat skuad angkat berat China. Mengatasi kesulitan dalam keadaan genting sehingga mencapai kejayaan. Saya barulah penentu nasibku.”

曹捷