China Bekalkan 800 Juta Dos Vaksin kepada Dunia

2021-08-14 13:54:40  CRI
Share with:

China telah membekalkan 800 juta dos vaksin COVID-19 kepada lebih 100 buah negara di dunia, khususnya negara membangun.

Demikian ujar Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu di Beijing semalam.

Menurutnya, China menjunjung konsep komuniti kesihatan sesama insan dan menghulurkan bantuan sedapat mungkin kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, Ma berkata, China terlebih dahulu melancarkan kerjasama vaksin yang berskop paling besar di dunia demi menunai janjinya iaitu menjadikan vaksin sebagai produk kesihatan awam global.

覃淼