Pencarian Asal Usul COVID-19 Harus Secara Saintifik

2021-08-14 15:37:09  CRI
Share with:

Pencarian asal usul virus COVID-19 merupakan isu sains. Maka ia patut dan mesti dijalankan oleh saintis demi kesejahteraan umat manusia.

Pendirian China itu dihuraikan Kementerian Luar dalam sidang taklimat di Beijing pada Jumaat yang dihadiri duta-duta asing di negara ini.

Pegawai kanan dari Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Kesihatan Negara, dan Akademi Sains China diundang memberikan taklimat.

Naib Menteri Luar, Ma Zhaoxu berkata, laporan penyelidikan bersama oleh China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuat kesimpulan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa khususnya kalangan saintis. Oleh itu, laporan itu harus dihormati dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk Sekretariat WHO, di samping menjadi asas bagi kerja pencarian asal usul virus seterusnya.

Pada masa yang sama, kata Ma, China menyokong dan akan terus menyertai kerja pencarian asal usul virus secara saintifik. 

Beliau menegaskan, China menentang gangguan politik dalam pencarian atau bercanggahan dengan resolusi Perhimpuan Kesihatan Sedunia (WHA).

Dalam pada itu, Ma menegaskan bahawa WHO dikendalikan oleh negara anggota, maka kerja pencarian asal urus virus juga harus diketuai oleh negara anggotanya. Sekretariat WHO harus membincangkan butiran berkaitan dengan negara anggota, menghormati pandangan mereka, khususnya merunding dengan negara anggota yang terlibat dan bersama-sama menyusun pelan tindakan. 

胡星