Negara Paling Pandai Salahkan Negara Lain, Hakikat AS Lawan COVID-19

2021-08-14 15:47:33  CRI
Share with:

Negara Paling Pandai Salahkan Negara Lain, Hakikat AS Lawan COVID-19_fororder_微信图片_20210814152540

"Dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, politikus di Washington sibuk menyalahkan China bagi menolak tanggungjawabnya atas kegagalan menangani wabak." Inilah komen pakar tersohor Amerika Syarikat (AS), James P. Allison yang secara terus menunjukkan niat AS di sebalik tindakan menyalahkan China.

Wabak COVID-19, krisis kesihatan global, diperalatkan oleh politikus Washington untuk mencetuskan konflik antara negara.

Baru-baru ini, tiga kumpulan pemikir China telah mengeluarkan laporan yang bertajuk: AS Paling Berjaya? Hakikat AS dalam Perangi Wabak. Laporan itu telah merumuskan tindakan ngeri politikus AS yang menyalahkan negara lain. Hakikat membuktikan bahawa AS ialah negara paling gagal dalam memerangi wabak, tapi negara paling hebat dalam menyalahkan negara lain.

Pada peringkat awal penularan COVID-19 di AS, pemerintahan pada ketika itu tidak mempedulikan amaran oleh China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sengaja menyebut virus COVID-19 sebagai "virus China" dan "virus Wuhan" bagi membawakan tumpuan perhatian seluruh dunia ke China. Di samping itu, beberapa media utama dan ahli politik sayap kanan di negara itu juga turut menyebarkan khabar angin yang menyebut "virus COVID-19 bocor dari makmal China" supaya mengelirukan masyarakat antarabangsa.

Sempena pilihan raya presiden diadakan di AS pada 2020, politikus di negara itu bahkan menulis skrip menyalahkan negara lain, untuk memenangi undi.

Menurut satu memo Parti Republikan yang didedahkan media AS, calon parti itu diingat supaya "menyerang China je bila ditanya tentang virus".

Walau bagaimanapun, Parti Demokratik yang menang pilihan raya presiden itu tidak mengambil iktibar daripada pemerintahan terdahulu, sebaliknya memperhebat tindakan menyalahkan negara lain.

Menghitamkan negara lain tidak dapat membersihkan diri. Bilakah wabak COVID-19 muncul di AS untuk kali pertama? Apakah saluran jangkitannya pada peringkat awal? Dan apakah kaitannya asal usul wabak dengan makmal biologi AS?

Mengenai misteri tersebut, banyak negara di dunia telah melancarkan aktiviti petisyen dan menggesa WHO menjalankan siasatan terhadap negara itu. Tindakan menyalahkan negara lain tidak dapat menipu orang awam.

徐国玮