AS Gagal Perangi COVID-19: Netizen Global

2021-08-15 15:10:57  CRI
Share with:

Satu tinjauan pendapat global mendapati sebanyak 81.7 peratus netizen menganggap kerajaan AS gagal dalam melawan wabak COVID-19.

Tinjauan pendapat mengenai pandemik COVID-19 itu dilancarkan kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia melalui Youtube, Twitter, Facebook dan Contact Network bermula 10 Ogos lalu.

Netizen mengkritik kerajaan AS sibuk berkempen pilihan raya, di samping itu parti-parti berbalah tetapi enggan mengambil tindakan yang berkesan untuk mengawal penularan wabak. Malangnya, harta menjadi pengukur yang menentukan hidup atau mati.

"Saya warga AS. Saya memberikan perhatian terhadap situasi wabak sejak akhir 2019 hingga awal 2020. Kerajaan memberitahu bahawa COVID-19 adalah penyakit biasa dan tak perlu bimbang. Oleh itu, rakyat tidak mengambil berat wabak ini." kata seorang netizen dalam komennya dalam bahasa Inggeris.

Ada netizen meninggalkan komen dalam bahasa Sepanyol bahawa "AS hanya mementingkan kedudukan pimpinannya di dunia tapi mengabaikan rakyatnya".

Tentang soalan "adakah anda menganggap kaum minoriti di AS tidak dilayan adil dalam kempen melawan wabak?" Sebanyak 72.3 peratus netizen membuang undi setuju. Respons dari netizen berbahasa Arab adalah paling hangat. Sebanyak 81 peratus dan 84 peratus netizen berbahasa Arab dalam Twitter dan Youtube menganggap kaum minoriti mengalami ketidakadilan dalam usaha melawan wabak di AS.

Tentang soalan ketiga, iaitu setelah tercetusnya wabak, AS menghantar pulang lebih 10 ribu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dijangkiti virus ke negara masing-masing. Ini mengakibatkan jangkitan di pelbagai negara Amerika Latin lebih serius. The New York Times mengulas tindakan tersebut sama dengan "mengeksport virus". Sebanyak 77.7 peratus netizen yang menyertai tinjauan kali ini bersetuju tentang ulasan tersebut.

徐国玮