Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci

2021-08-15 15:21:46  CRI
Share with:

Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci_fororder_311

Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci_fororder_312

Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci_fororder_313

Gambar-gambar yang cantik ini bukanlah diambil jurugambar profesional, tetapi seorang pemandun dari Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet.

“Tibet, kau indah sekali!” Kata-kata pujian ini bukanlah dikeluarkan oleh orang yang pertama kali menjejakkan kaki di Dataran Tinggi Tibet atau pelancong dari tempat lain, tetapi luahan seorang pemandu biasa, Da Ci, seorang pemuda etnik Tibet.

Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci_fororder_314

Da Ci dilahirkan pada tahun 1990-an dan kini bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat pelancongan.

Kampung halaman Da Ci terletak di tanah penggembalaan sejauh 56 kilometer dari Lhasa. Ketika masih kecil, keluarganya agak miskin. Maka Da Ci terpaksa berhenti sekolah dan mula menggembala lembu. Pada ketika itu, Da Ci hanya berusia 13 tahun.

Ketika berusia 17 tahun, Da Ci pergi ke Lhasa untuk mencari rezeki.

Ekoran pelaksanaan dasar “pembinaan Tibet yang indah”, ekologi alam sekitar di wilayah itu semakin baik, pemandangannya semakin indah dan sektor pelancongan kian rancak.

Da Ci telah mengambil lesen memandu dan bekerja sebagai pemandu kereta persiaran. Dalam tempoh lima tahun, beliau membawa kereta persiaran berjalan sejauh 350 ribu kilometer. Da Ci amat mencintai kerjanya dan selalu menceritakan betapa indahnya kampung halamannya kepada pelancong.

Beliau pandai mengambil gambar tentang pemandangan yang indah di pelbagai tempat di Tibet. Dron yang digunakan untuk bergambar sentiasa dibawa dalam keretanya. Karya-karyanya sangat popular dalam media sosial.

Seiring dengan prasarana di Tibet kian baik, semakin banyak pelancong menjelajah ke tanah yang penuh misteri itu. Sektor pelancongan di Tibet berkembang pesat. Ramai penduduk mendapat manfaat dari pembangunan sektor tersebut. Da Ci ialah salah seorang daripada mereka.

Dari Penggembala Lembu ke Selebriti Internet, Cerita Pemuda Tibet Da Ci_fororder_315

Pada masa dahulu, keluarganya agak miskin dan tidak mampu mengambil gambar. Dalam tempoh lebih sedekad ini, taraf penduduk etnik Tibet kian tinggi. Kesemua penggembala di kampung halaman Da Ci telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan.

徐国玮