Tingkatkan Kerjasama Ekonomi demi Manfaat Bersama: Duta China

2021-08-15 14:14:46  CRI
Share with:

Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) adalah saling menguntungkan. Kalangan perniagaan kedua-dua negara diharahp mempergiat pertukaran dan kerjasama, menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada hubungan dua hala agar memastikan ia berkembang secara mampan dan sihat.

Demikian dikatakan Duta Besar China ke AS, Qin Gang ketika berunding dengan Presiden Majlis Perniagaan AS-China (USCBC ), Craig Allen secara maya pada Jumaat.

Qin turut memuji sumbangan USCBC dalam memperkukuh hubungan AS dengan China dalam beberapa tahun lalu.

Craig Allen terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Qin Gang yang dilantik jawatan duta China.

Beliau menyatakan bahawa hubungan AS-China yang stabil amat penting terhadap kalangan perniagaan kedua-dua negara. Pihaknya komited terus memberikan sumbangan demi merapatkan pertukaran dan kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara ini.

Selain itu, Qin dan Allen juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang menjadi perhatian bersama.

覃淼