"Penyebar Terbesar" COVID-19, Hakikat AS Perangi Wabak

2021-08-15 15:47:02  CRI
Share with:

"Penyebar Terbesar" COVID-19, Hakikat AS Perangi Wabak_fororder_锐评 (1)

Jumlah penduduk Amerika Syarikat (AS) menduduki 4 peratus daripada jumlah dunia, namun jumlah jangkitan COVID-19 di negara itu menduduki 18 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia, kedua-dua angka itu mencerminkan kerja memerangi wabak di AS telah menghalang usaha melawan wabak di dunia.

Yang lebih buruk lagi adalah kerajaan AS tidak mengambil sebarang tindakan mengawal perjalanan warganya ke luar negara, sebaliknya membiarkan penularan virus itu ke luar negara yang turut mengancam kesihatan awam sedunia.

Baru-baru ini, tiga kumpulan pemikir China telah mengeluarkan laporan penyelidikan yang bertajuk: AS Paling Berjaya? Hakikat AS dalam Perangi Wabak. Laporan itu telah merumuskan tindakan ngeri AS yang membuka pintunya apabila situasi penularan wabak tidak terkawal dalam negeri. Adalah jelas bahawa AS sebagai "penyebar terbesar virus", tidak dapat menolak tanggungjawabnya atas jumlah jangkitan yang melebihi 200 juta pada masa ini.

AS mengumunkan pembatalan kawalan perjalanan terhadap warganya pada bulan Ogos tahun lalu, bila masih puncak penularan wabak di dunia, demi kepentingan ekonomi dan pilihan raya. Selepas itu, berjuta-juta warga AS ke luar negara yang mempercepat penularan wabak di dunia.

Ditambah lagi, AS juga menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) secara besar-besaran tanpa langkah kawalan wabak yang meletakkan masyarakat antarabangsa terdedah dengan risiko penularan.

Pelbagai hakikat membuktikan bahawa AS yang sepatutnya bertanggungjawab atas penularan wabak COVID-19 merupakan negara yang paling patut disiasat berhubung pencarian asal usul virus. Namun, politikus AS tetap memperalatkan virus, malah menjejaskan kerjasama memerangi wabak sedunia.

AS diingat elaklah falsafah "kepentingan sendiri diutamakan" dan menghormati sains dan nyawa rakyat.

胡星