China, Iran Sambut Jubli Emas

2021-08-16 11:52:28  CRI
Share with:

Perkongsian strategik menyeluruh yang terjalin antara China dengan Iran diharap terus dipacu dengan horizon baharu hingga memberi manfaat kepada rakyat dua negara.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menzahirkan ucapan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Iran, Ebrahim Raisi atas sambutan jubli emas hubungan diplomatik Beijing-Teheran, hari ini.

Xi berkata, hubungan China-Iran menyaksikan perkembangan luar biasa terutama dari segi kesalingpercayaan politik dan kerjasama melibatkan pelbagai bidang sejak pembukaan misi diplomatik di kedua-dua negara.

Beliau turut memuji sinergi dan perpaduan yang ditunjukkan dua negara ketika melawan wabak COVID-19.

Xi berharap agar ikatan persahabatan yang terjalin sejak sekian lama itu dapat diperkukuh dan kolaborasi dalam pelbagai bidang terus diperkasa.

Dalam pada itu, Raisi menyuarakan kesediaannya untuk memantapkan lagi hubungan dua hala dengan memperluas kerjasama pragmatik dan meningkatkan komunikasi.

董筱娉