Kecelaruan Politik, Punca AS Gagal Tangani COVID-19

2021-08-16 14:46:17  CRI
Share with:

Umum percaya bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai penawar penyakit COVID-19. Kalau tidak, mengapakah bekas presiden Donald Trump yang dijangkiti koronavirus dapat cepat sembuh dan discaj dari hospital?

Malangnya di negara itu lebih 600,000 nyawa melayang akibat COVID-19. Kecelaruan politik dianggap menjadi punca berlakunya musibah tersebut.

Pertengkaran politik antara dua parti utama sudah wujud sejak sekian lama di AS. Tatkala wabak melanda, para politikus menghabiskan lebih banyak tenaga mengejar kuasa dan kekayaan daripada menyelamatkan nyawa rakyat.

Biarpun menguasai teknologi perubatan tercanggih serta modal insan terunggul, namun pecah belah yang berlaku di AS menyebabkan negara itu sangat leweh dalam menghadapi wabak.

Berlakunya keretakan di sistem politik umpama virus yang cepat merebak dan boleh menghancurkan seluruh aspek masyarakat setempat.

Selain jurang antara golongan kaya dan miskin semakin melebar apabila kekayaan beralih ke sebilangan kecil individu, malahan orang awam lebih terdedah kepada masalah pembezaan sosial, pergaduhan antara kaum dan lain-lain.

Berdepan ancaman COVID-19, dua parti utama di AS berulang kali mengabaikan amaran saintis mengenai wabak dan meremehkan risiko yang ada, sebaliknya menyebarkan banyak berita palsu dan mencetuskan pertikaian hyperpartisan, hingga menghalang usaha memerangi penularan virus di dalam negeri dan di peringkat global.

董筱娉