Pengunduran Tentera AS dari Afghanistan Undang Kritikan Pedas

2021-08-16 12:45:54  CRI
Share with:

Pengunduran tentera AS  secara tergesa-gesa dari Afghanistan mengundang kritikan pedas daripada tokoh-tokoh AS, yang turut menganggap negara itu perlu memikul tanggungjawab atas situasi semasa Afghanistan.

Anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Republikan, Liz Cheney berkata, kerajaan AS tidak dapat menolak tanggungjawab atas pengambilalihan kuasa secara pantas oleh Taliban. Situasi semasa bukan sehaja akan memberi kesan kepada Afghanistan dan AS, malah seluruh dunia.

Menurut beliau, pengunduran tentera AS sebenarnya tidak mengakhiri perang Afghanistan, sebaliknya melanjutkan perang tersebut.

张哲