Rangsang Permintaan Domestik Tetap Dititikberatkan: Pakar

2021-08-16 16:20:24  CRI
Share with:

Nilai tambah industri berskala besar China bagi bulan Julai meningkat 6.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Negara  (NBS) hari ini.

Sementara itu, jualan runcit barang pengguna di seluruh negara mencecah RMB3.49 trilion (RM2.28 trilion), naik 8.5 peratus.

Naib Pengarah Jawatankuasa Dasar Ekonomi Persatuan Sains Polisi China, Xu Hongcai berkata, ekonomi China mengekalkan trend pemulihan yang mampan dengan pelbagai petunjuk makroekonomi sejajar dengan jangkaan.

Dalam pada itu, pelaburan terhadap sektor pembuatan menokok dengan pesat, sementara perbelanjaan dan perdagangan luar juga memperlihatkan trend perkembangan ke arah yang lebih baik.

Menurut beliau, merangsang permintaan domestik tetap usaha yang perlu dititikberatkan pada fasa seterusnya.

张哲