Melihat Sejarah Sebagai Cermin

2021-08-16 16:17:23  CRI
Share with:

Melihat Sejarah Sebagai Cermin_fororder_237213051_306686571229091_6532622245751151701_n

Baru-baru ini seorang pelakon muda diboikot di China kerana didapati pernah menziarahi Yasukuni Jinja di Jepun.

Mengapa menziarahi Yasukuni Jinja sama sekali tidak boleh diterima di China dan Korea Selatan?

Bahkan kerajaan China dan Korea Selatan semalam sekali lagi membantah keras tindakan Perdana Menteri Jepun Suga Yoshihide menyumbangkan dana kepada Yasukuni Jinja serta dua orang Menteri Jepun menziarahi Jinja. Persoalannya ialah, kenapa?

Sebabnya ialah, di dalam Yasukini Jinja itulah tempat letaknya ‘tugu peringatan’ 14 penjenayah perang utama dalam WWII!

Antaranya termasuk Iwane Matsui yang mengarahkan tentera Jepun membunuh lebih 300 ribu penduduk dan askar di Nanking, Muto Akira yang melaksanakan “pembunuhan besar-besarsan Manila” dan Heitaro Kimura yang melaksanakan “pembunuhan besar-besaran Yangon”.

Namun, ada yang membela Jepun dengan alasan bahawa jinja itu tempat orang Jepun menziarahi nenek moyang yang terkorban untuk negara dan itu tradisi Jepun patut dihormati. Apatah lagi Yasukuni Jinja pun kini menjadi destinasi pelancongan saja bagi pelancong dari seluruh dunia.

Sebenarnya bukan begitu.

Adakah kesemua 14 penjenayah perang tersebut terkorban untuk negara Jepun? Hakikatnya, mereka adalah orang yang menghancurkan Jepun. Bahkan mereka sama sekali tidak disucikan di Yasukuni Jinja sehingga tahun 1978. Itupun secara rahsia.

Jepun berani mentahbiskan atau mensucikan penjenayah perang secara rahsia, dan seterusnya diikuti dengan ziarah oleh pegawai kanan mereka secara terbuka selepas dizinkan AS yang berniat menjadikan Jepun sebagai anjingnya, sekali gus membuatkan situasi serantau huru-hara.

Dengan pembelaan AS juga, kita boleh ramai penjenayah perang Jepun dalam WWII sama sekali tidak menerima hukuman.

Shiro Ishii merupakan komander pasukan 731 yang melaksanakan perang virus dan kuman di China.

Berdasarkan dokumen pasukan tersebut yang sudah didapati tercatat sekurang-kurangnya 3000 orang dikenakan percubaan senjata virus dan kuman.

Percubaan senjara virus dan kuman kepada orang yang hidup jelas melanggar prinsip kemanusiaan, namun sebaliknya kepada AS yang dianggap sebagai sangat berharga dalam ketenteraan.

Oleh itu, AS memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa selepas WWII, Shiro Ishii telah hilang dan pasukan 731 tidak patut dihukumkan sebagai penjenayah perang.

Sebenarnya Shiro Ishii telah menyerahkan semua dokumen hasil percubaan senjata virus dan kuman di China kepada Makmal Perang Biokimia Tentera Darat AS. Ibu pejabatnya mungkin saudara pernah dengar dalam berita baru-baru ini, Fort Detrick!

Hasil penyelidikan Shiro Ishii disempurnakan di Fort Detrick dan cepat dicuba lagi oleh tentera AS, sasarannya juga China!

Berdasarkan buku “The United States and Biological Warfare: secrets of the Early Cold War and Korea” dari dua professor Kanada, diplomat kanan Australia, Alan Watt pernah mempersoalkan hal ini kepada Washington, dan dijawab bahawa AS memang telah menggunakan senjata kuman di sempadan China-Korea Utara untuk tujuan percubaan.

Setelah Perang Vietnam, senjata biokimia telah banyak kali digunakan.

Media Itali baru-baru ini mendedahkan kemungkinan bahawa virus COVID-19 dibawa ke Itali dari Fort Detrick melalui program darah pasukan AS (ASBP).

Berdasarkan laporan Institut Pengajian Kanser Negara Itali di Milan, sampel darah yang disahkan mempunyai antibodi COVID-19 didapati di kawasan Veneto pada bulan September tahun 2019, iaitu tempat pangkalan tentera AS.

Berdasarkan program AS (ASBP), tentera AS mengumpulkan darah dari pelbagai pangkalan dalam negeri, termasuk Fort Detrick, untuk menghantar ke pangkalan di seberang laut dua minggu sekali.

Sebagai ibu pejabat Makmal Perang Biokimia Tentera Darat AS, Fort Detrick tiba-tiba ditutup pada bulan Julai tahun 2019, tapi CDC menolak untuk menyediakan lebih banyak maklumat dengan menggunakan “keselamatan negara” sebagai alasan.

Seterusnya, di sekitar Fort Detrick turut dikesan “pneumonia tidak diketahui puncanya” dan “pneumonia vaping”.

Dua bulan selepas itu, askar-askar AS datang ke Wuhan untuk menyertai Sukan Tentera Dunia, lima askar dikesan penyakit jangkitan dan dikatakan itu malaria.

Tapi, fakta yang mereka lupa adalah, malaria telah dihapuskan di China dan juga AS. Jadi, dari mana mereka terjangkit? Atau sebenarnya virus yang lain? Yang lebih hairan, lima askar tersebut segera dibawa balik ke AS dengan menggunakan pesawat khas tentera.

Fort Detrick mempunyai terlalu banyak catatan kotor serta rahsia dan kini juga disyaki berkemungkinan adalah punca COVID-19. Kalau nak membuktikan kebersihannya, AS boleh membuka Makmal Perang Biokimia Tentera Darat di Fort Detrick kepada pakar-pakar antarabangsa, sama seperti apa yang sudah dilakukan oleh China.

Tapi AS memilih terus menggalakkan siasatan terhadap Makmal Biologi Wuhan yang telah dikunjungi oleh pakar-pakar dari pelbagai negara, termasuk pakar AS, dan mengeluarkan keputusan “sama sekali tidak mungkin berlaku kebocoran virus COVID-19”.

Orang China selalu berkata “melihat sejarah sebagai cermin”.

Pencerbohan Jepun sama sekali tidak mungkin dilupakan atau dimaafkan oleh China. Sejarah hitam Fort Detrick pula patut disiasatkan, untuk membantu menjamin biosenjata tidak dikajikan dan digunakan lagi.

张弘