Jepun Digesa Tunai Janji, Muhasabah Diri

2021-08-16 12:53:59  CRI
Share with:

China menggesa Jepun menunaikan janji untuk menerima dan  mengambil iktibar daripada sejarah pencerobohannya, dan bertindak berhati-hati dalam isu sejarah termasuk Yasukuni Jinja.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sesi taklimat pada Ahad ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang tindakan pemimpin Jepun menziarahi Yasukuni Jinja.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga dilaporkan memberi sumbangan wang kepada Yasukuni Jinja pada Ahad, sementara bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe dan beberapa ahli parlimen juga menziarahi tempat itu baru-baru ini.

15 Ogos merupakan ulang tahun ke-76 Jepun menyerah kalah tanpa syarat dalam Perang Dunia II.

Hua berkata Yasukuni Jinja, alat spiritual dan simbol militerisme Jepun melancarkan perang pencerobohan terhadap negara lain, dibina bagi memperingati penjenayah perang khususnya 14 orang penjenayah perang utama dalam Perang Dunia II.

Penziarahan tokoh politik Jepun ke Yasukuni Jinja perbuatan yang menghina keadilan sejarah, menyakiti perasaan rakyat di negara-negara Asia,  dan sekali lagi mencerminkan sikap salahnya terhadap sejarah pencerobohan.

Hua turut menggesa Jepun menjauhkan diri daripada militerisme, dan mendapatkan kepercayaan daripada negara jiran di Asia dan masyarakat antarabangsa melalui tindakan praktikal.

张哲