Taliban Diseru Beri Kemudahan Golongan Mahu Tinggalkan Afghanistan

2021-08-16 15:40:08  CRI
Share with:

Lebih 60 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain dan Jepun menerusi satu kenyataan bersama menyeru “pihak berkuasa” Afghanistan memberi kemudahan kepada warga asing dan rakyat tempatan yang hendak meninggalkan negara itu.

Menurut kenyataan itu, pihak-pihak berkenaan perlu mengizinkan golongan terbabit meninggalkan Afghanistan. Lebuh raya, lapangan terbang dan pintu keluar masuk perlu dibuka, selain memastikan seluruh proses berjalan dengan selamat dan teratur.

Kenyataan berkenaan menyebut, rakyat Afghanistan harus hidup dalam suasana selamat secara bermaruah. Masyarakat antarabangsa bersedia membantu rakyat negara itu pada bila-bila masa.

徐国玮