China Ulangi Gesaan Bebaskan CFO Huawei

2021-08-17 13:44:04  CRI
Share with:

China sekali lagi menggesa Amerika Syarikat (AS) membatalkan waran tangkap dan tuntutan ekstradisi terhadap Meng Wanzhou dengan serta-merta, selain menuntut Kanada segera membetulkan kesalahan dan membebaskan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei itu.

Jurucakap Kementerian Luar, Hua Chunying dalam sidang media pada Isnin berkata, kes membabitkan Meng Wanzhou dicampuri unsur politik dan tuduhan terhadap beliau hanyalah rekaan AS.  

梁靓