Sistem Asing Mustahil Jadi Acuan kepada Afghanistan:Diplomat China

2021-08-17 11:26:49  CRI
Share with:

Adalah tidak sesuai membawa masuk sistem luar untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan Afghanistan, kata Ahli Dewan Negara China, Wang Yi.

Sepanjang sesi perbualan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken pada Isnin, Wang yang juga merangkap Menteri Luar menegaskan, walaupun sesuatu perkara dianggap baik di Barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara lain.

Menurut beliau, sesuatu pemerintahan memerlukan sokongan padu rakyat. Banyak masalah boleh berlaku jika penyelesaiannya hanya bergantung kepada pendekatan ketenteraan atau pun tindakan ala kuku besi.

Wang mahu melihat dialog antara China dengan AS dapat berjalan lancar hingga mendorong isu Afghanistan diselesaikan secara damai dan memastikan perang saudara atau bencana kemanusiaan tidak berulang lagi di negara itu.

Dalam pada itu, Blinken menekankan pentingnya kerjasama yang konstruktif dan pragmatik antara Washington dengan Beijing untuk mengendalikan isu keselamatan rantau.

董筱娉