Penerbitan Dolar Berlebihan Jejas Ekonomi Dunia

2021-08-17 11:16:13  CRI
Share with:

Rizab Persekutuan AS (Fed) menerbitkan mata wang dengan sewenang-wenangnya bagi mengatasi kesulitan susulan kegagalan negara itu membendung wabak COVID-19.

Amalan AS yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kadar kecairan yang terlalu tinggi di pasaran sejagat, sehingga kesannya perlu ditanggung rakyat seluruh dunia.

Penerbitan bertrilion-trilion dolar Amerika mutakhir ini menjadikan pelbagai negara mangsa gejala inflasi.

Demi menangani impak daripada limpahan dolar Amerika, entiti pasaran baru muncul seperti Brazil, Rusia dan Turki terpaksa mengambil pelbagai tindakan termasuk meningkatkan kadar faedah yang mungkin menjejaskan pemulihan ekonomi sendiri.

Padahal, penerbitan dolar Amerika yang berlebihan turut membawa masalah kepada AS sendiri, termasuk lonjakan inflasi dan semakin besarnya jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin. 

Golongan kaya di AS telah memperoleh keuntungan besar daripada kenaikan harga saham susulan kecairan mata wang yang tinggi.

Apabila dunia sedang bergelut dengan pandemik, penerbitan mata wang yang berlebihan oleh AS memberi tekanan lagi kepada pelbagai negara dari segi ekonomi dan sosial, sekali gus mengundang risiko kepada keselamatan ekonomi sejagat.

Selaku negara kuasa besar, AS sepatutnya mengamalkan dasar monetari yang bertanggungjawab demi menyumbang kepada pemulihan ekonomi global, bukanlah hanya bertindak menjejaskan kepentingan negara lain.

张哲