Model AS Gagal Bawa Prospek Cemerlang kepada Rakyat Afghanistan

2021-08-18 15:47:20  CRI
Share with:

Model AS Gagal Bawa Prospek Cemerlang kepada Rakyat Afghanistan_fororder_1533077341

Sebuah pesawat C-17 yang membawa lebih 800 orang berlepas dari lapangan terbang Kabul, Afghanistan semalam.

Dalam video yang tular tersebut, kelihatan ratusan rakyat berlari untuk mengejar dan mengikuti pesawat tersebut.

Pada insiden itu juga, beberapa helikopter bersenjata AS beterbang rendah untuk menghalau mereka bahkan menembak mati sekurang-kurangnya lima orang. Yang paling sedih, ada yang berjaya memanjat ke atas pesawat tersebut, tetapi akhirnya jatuh ketika pesawat di udara…

Kehadiran dan pengunduran AS dari Afghanistan adalah suatu malapetaka kemanusiaan.

Bukan itu sahaja, ia juga memperlihatkan kegagalan model pentadbiran yang dibawa oleh AS ke Afghanistan yang dilihat tidak bersesuaian dengan sejarah, budaya dan keadaan setempat.

Lebih parah, selain sistem pentadbiran, Presiden Afghanistan yang baru melarikan diri ke luar negara, Mohammad Ashraf Ghani pula sebenarnya dibawa dari AS.

Beliau lahir dalam keluarga bangsawan, tapi lari dari Tanah Airnya. Dengan identiti yang istimewa, beliau menjadi pegawai PBB dan Bank Dunia untuk menguruskan hal ehwal mengenai Afghanistan dengan sokongan AS.

Ibarat hidup dalam filem, tatkala anak-anak Afghanistan hidup dalam kesengsaraan, anak keluarga Gani pula ke hulu ke hilir menaiki jet peribadi dan menyuap singa sebagai binatang kesayangan.

Kebanyakan orang Afganistan sama sekali tidak ingat pernah mengundi untuk memilih seorang nama Gani menjadi Presiden.

Menghantar pesawat dan bomkan negara lain, selepas itu menyokong seorang boneka menjadi Presiden “terpilih” rakyat tempatan.

Ini adalah model sebenar gaya pemerintahan AS yang telah berulang kali di cuba di Vietnam, di Iraq, di Afghanistan dan lain-lain, cuma semuanya gagal membawa prospek lebih cemerlang kepada penduduk tempatan.

Berbanding Inisiatif “Belt & Road” (BRI) dianjurkan oleh China, model AS ini dipanggil oleh netizen sebagai “One Bomb One Road”.

Adakah Taliban menjadi pemenang? Betul ke AS rugi besar?

Afghanistan digelar sebagai “makam empayar” sebab Britain, Kesatuan Soviet dan AS semuanya pernah mencerobohi negara tersebut tapi akhirnya gagal.

Masalahnya Britian, Rusia, AS kini tetap “empayar” di dunia, dan Afganistan memang menjadi “makam”.

Kalau keluarga Gani yang disokong oleh kerajaan AS pun menjadi begitu kaya, mungkinkah AS mengalami kerugian setelah 20 tahun mengawal negara tersebut?

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Setiausaha Negara AS, Lawrence Wilkerson pernah menyatakan secara terus terang mendedahkan Afghanistan merupakan satu-satunya tinju AS di Asia Tengah yang mempu mengganggu BRI China.

Pada masa yang sama ia dekat dengan Xinjiang China, sesuai dijadikan pangkalan untuk huru-harakan situasi di Xinjiang.

AS datang ke Afganistan dengan alasan antikeganasan. Musykilnya, bila AS datang, serangan keganasan di Xinjiang dan Rusia meningkat secara besar-besaran.

Berbanding AS yang menggunakan dasar “One Bomb One Road” yang menghancurkan negara lain untuk meneroka jalan diri, China memilih model yang berbeza yang menyediakan peluang pembangunan bersama.

Contohnya Koridor Ekonomi China-Pakistan, kejayaannya dilihat dengan jelas oleh Taliban di Afghanistan.

Oleh itu, setelah AS menarik diri dari Afghanistan, delegasi Taliban terus melawat Beijing, berharap China menyertai pembangunan semula negara itu dan janji tidak akan mengizinkan apa jua kuasa menggunakan wilayah Afghanistan untuk mengancam China.

Pada masa sama, China juga berharap Taliban menubuhkan kerajaan yang terbuka dan bertoleransi, menjauhkan perang daripada rakyat, menjamin kemalangan kemanusiaan dan keganasan tidak membiak di Afghanistan lagi.

Sebab bagi Taliban pula cabaran besar untuk mentadbirkan negara ini yang banyak mengalami kesengsaraan dalam sejarah. Bagaimanapun, ini peluang bagi orang Afghansitan untuk memilih jalan diri.

张弘