AS, Pencabul Hak Asasi Manusia

2021-08-18 15:12:51  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang senantiasa mendakwa dirinya “pembela hak asasi" mendapat malu di pentas antarabangsa apabila negara itu terjebak dalam situasi wabak yang kritikal hinggakan kecelaruannya jelas dilihat seluruh dunia.

Masalah jenayah kerap kali berlaku di negara itu sejak tahun lepas. Manakala, kaum-kaum minoriti sering menjadi mangsa hak asasi akibat diskriminasi orang kulit putih hingga saat ini.

Kegagalan kerajaan mengendalikan wabak dan kelembapan pertumbuhan ekonomi domestik merupakan faktor utama yang menyumbang kepada fenomena masyarakat setempat terpaksa menghadapi ketidakpastian.

Ia turut menghantui dan memberi tekanan mental dan emosi kepada banyak warga negara itu.

Namun, si politikus sama sekali tidak cakna dengan setiap keluhan rakyat yang berdepan kemelut wabak COVID-19, sebaliknya asyik mengejar status hegemoni dengan mengenakan sekatan sepihak dan mencampuri urusan dalaman negara lain.

Perbuatan itu bukan sahaja mencabuli hak asasi rakyat negara lain, malah juga mencemari usaha memerangi wabak di peringkat global dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

董筱娉