Penyatuan Semula China Mustahil Dihalang

2021-08-18 15:12:07  CRI
Share with:

Proses penyatuan semula China mustahil dihalang, tegas jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying.

Beliau mengulangi iltizam China untuk merealisasikan penyatuan semula negara, sementara akan melakukan tindakan wajar untuk menghadapi sebarang campur tangan luar serta cubaan “kemerdekaan Taiwan”.

Hua turut menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya menyedari sensitiviti dan keberbahayaan perbuatannya membekalkan senjata kepada Taiwan.

Negara itu dituntut mematuhi prinsip “satu China” dan tiga pengumuman bersama menerusi tindakan praktikal, serta menghentikan hubungan rasmi dan ketenteraan dengan Taiwan.

Semalam merupakan ulang tahun ke-39 "Pengumuman 17 Ogos" disiarkan.

Dalam pengumuman itu, AS berjanji tidak akan melaksanakan dasar penjualan senjata api secara jangka panjang kepada Taiwan. Prestasi dan kuantiti senjata juga tidak akan melebihi tahap yang dipersetujui dahulu, dan negara itu akan beransur-ansur mengurangkan kuantitinya hingga mencapai paras sifar.

董筱娉