Mengenali Tibet daripada Yak

2021-08-19 11:47:12  CRI
Share with:

Mengenali Tibet daripada Yak_fororder_4

Terdapat satu pepatah di kawasan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang berbunyi bahawa 'di mana sahaja ada orang Tibet di sanalah pasti ada Yak'. Banchan Lama kesepuluh juga pernah berkata bahawa kaum Tibet tidak dapat hidup tanpa Yak.

Mengenali Tibet daripada Yak_fororder_7

Sempena ulang tahun ke-70 pembebasan Tibet secara damai, Wang Qi, wartawan CMG telah melawat Muzium Yak Tibet di Lahsa, di mana bukan sahaja ada pameran pengetahuan mengenai Yak tetapi juga ada pameran kebudayaan etnik Tibet yang berkaitan dengan yak.

Mengenali Tibet daripada Yak_fororder_5

Seawal 3500-4500 tahun yang lalu, orang Tibet berjaya menjinakkan Yak liar dan mula menternakkan binatang jensi itu yang berperanan besar dalam perkembangan etnik Tibet. Daging, susu dan minyak daripada Yak merupakan makanan utama penduduk Tibet, kulit dan bulunya merupakan bahan mentah kegunaan harian yang tidak dapat dilepaskan bagi orang Tibet, bahkan tahi Yak yang boleh didapat secara berterusan merupakan bahan bakar tanpa pencemaran. Selain itu, Yak yang digelar sebagai “kapal dataran tinggi” sudah biasa digunakan sebagai alat pengangkutan di kawasan pergunungan yang jarang dikunjungi orang.  Di ladang pertanian dataran tinggi, Yak juga adalah tenaga utama dalam kegiatan penanaman. Boleh dikatakan, Yak tidak terlepas dari kehidupan harian orang Tibet yang merangkumi pelbagai bidang.

Mengenali Tibet daripada Yak_fororder_6

“Jujur, berani, berpengasihan dan menyumbang dengan sedapat mungkin”, inilah semangat Yak yang disimpulkan oleh Wu Yuchu, pengasas Muzium Yak Tibet. 

Mengenali Tibet daripada Yak_fororder_9

曹捷