AS, Penyebar Maklumat Palsu

2021-08-19 15:24:49  CRI
Share with:

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, maklumat dan berita palsu mengenai wabak itu sentiasa berlegar dalam masyarakat Amerika Syarikat (AS).

Pada peringkat awal penularan COVID-19, AS terlepas peluang penting bagi membendung wabak kerana kerajaannya bersikap sambil lewa terhadap amaran pelbagai pihak.

Si politikus kelihatan amat mahir dalam mereka-reka maklumat palsu, sementara media sosial utama dunia Barat yang menjunjung “kebebasan bersuara” menyumbang kepada penyebaran berleluasa maklumat palsu tersebut.

Menurut dapatan kajian yang dikeluarkan penyelidik Persatuan Sains Cornell AS, lebih 1.1 juta maklumat palsu berkaitan wabak COVID-19 didapati dalam 38 juta artikel yang diterbitkan media berbahasa Inggeris dari Januari hingga Mei tahun lalu.

Daripada melabelkan COVID-19 sebagai “virus China”, sampai mencanangkan “virus terbocor dari makmal China”, tuan Rumah Putih yang lama dan sekarang tidak pernah berhenti mencari kambing hitam.

Untuk menutup kegagalan politikus AS, Agensi Berita Bloomberg malahan mencipta ranking yang mengangkat AS sebagai negara berprestasi terbaik dalam menangani pandemik sehingga menjadi bahan ketawa seluruh dunia.

Jumlah jangkitan COVID-19 di AS mencecah 37 juta setakat ini dengan kes kematian melebihi 620 ribu, masing-masing tertinggi di dunia.

Dusta yang direka-reka politikus AS demi mengaut laba politik, bukan sahaja menipu rakyatnya sendiri, tetapi juga menjejaskan usaha sama masyarakat antarabangsa dalam memerangi pandemik.

Mereka yang mencipta dan menyebarkan dusta patutlah dipertanggungjawabkan. 

梁靓