China Lonjak Lagi Hubungan dengan Iraq

2021-08-19 11:10:43  CRI
Share with:

China berjanji akan terus membantu Iraq melaksanakan pembangunan semula sosioekonomi, dan melonjakkan lagi perkongsian strategik antara dua negara.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping semasa perbualan bersama rakan sejawatnya dari Iraq, Barham Salih menerusi panggilan pada Rabu.

Xi menegaskan pendirian Beijing untuk terus menyokong usaha Baghdad dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, serta tindakan tegas bagi membanteras keganasan.

Beliau berharap agar pelbagai puak di negara itu dapat bersatu padu demi menggerakkan proses politik hingga mewujudkan ketenteraman dan kemakmuran.

Dalam pada itu, Xi juga mahu melihat dua buah negara memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang, terutamanya tenaga, kuasa elektrik dan pengangkutan.

董筱娉