99% Kampung Tibet Dilengkapi Akses Jaringan 4G

2021-08-20 11:47:11  CRI
Share with:

Setakat akhir tahun 2020, sebanyak 5,417 kampung pentadbiran di Tibet dilengkapi akses jaringan 4G, dan sebanyak 5,439 kampung pentadbiran dilengkapi akses jalur lebar gentian optik. Kedua-dua kadar liputan itu mencapai 99%.

Sejak tahun 2017, infrastruktur telekomunikasi Tibet menyaksikan perkembangan yang pesat.

Kini, Tibet mempunyai kabel optik telekomunikasi sepanjang 240,800 kilometer dan port akses internet sebanyak 2.165 juta, dan perkembangan telekomunikasinya setaraf dengan provinsi pedalaman yang lain di seluruh negara.

Kini, teknologi telekomunikasi 5G telah diperkenalkan di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, dan aplikasinya semakin popular dalam bidang perubatan dan pelancongan.

高蕾