AS Dikritik Sekat Syarikat Teknologi China menerusi Kes Meng Wanzhou

2021-08-20 12:13:46  CRI
Share with:

Niat sebenar Amerika Syarikat (AS) membangkitkan kes membabitkan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou adalah untuk menyekat syarikat teknologi tinggi China.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing pada Khamis, susulan berakhirnya perbicaraan awal kes ekstradisi eksekutif kanan syarikat telekomunikasi itu di mahkamah Kanada.

Hua sekali lagi mengulangi pendirian Beijing bahawa kes tersebut dicemari unsur politik dan sengaja direka-reka oleh Washington.

Beliau turut menggesa Ottawa supaya segera membetulkan kesilapan dan membebaskan Meng Wanzhou serta membolehkannya pulang ke tanah air.

董筱娉