Taliban Mahu Bentuk Kerajaan Terbuka, Inklusif

2021-08-20 14:43:06  CRI
Share with:

Taliban menyasarkan untuk membentuk kerajaan baharu yang terbuka dan inklusif, dan proses itu dijangka siap tidak lama lagi.

Demikian kata jurucakap Taliban, Suhail Shaheen ketika diwawancara oleh juruacara Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Tian Wei semalam.

Menurut Shaheen, pihak-pihak terlibat sedang membincangkan urusan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

“Delegasi perunding yang diketuai Mullah Abdul Ghani Baradar kini berada di wilayah Kandahar untuk berbincang dengan pelbagai pihak mengenai pembentukan kerajaan Islam yang terbuka dan inklusif,” ujarnya.

Menurut Shaheen lagi, pembentukan kerajaan baharu akan terbuka kepada tokoh-tokoh terkemuka, ahli politik dan sebagainya, sementara Taliban dan bukan Taliban akan menjalankan koordinasi.

Di samping itu, sebuah jawatankuasa pemerintah akan ditubuhkan berdasarkan kerangka Taliban yang sedia ada, dan pemimpin Taliban dijangka menjawat jawatan pemimpin kerajaan baharu.  

曹捷