AS, Pemain Siasah Tidak Bermoral

2021-08-20 13:46:13  CRI
Share with:

Media Amerika Syarikat (AS) memetik sumber sebagai berkata, siasatan berasingan terhadap asal usul COVID-19 yang dijalankan agensi perisikan negara itu tiada sebarang penemuan petunjuk signifikan ketika ini.

Di mata pemimpin AS, siasatan tersebut dijadikan modus operandi untuk mengejar lebih banyak kepentingan apabila berperang mulut dengan China.

Padahal, terdapat motif politik yang kuat dan manipulasi siasah di sebalik tindakan tersebut.

Sejak tercetusnya wabak, sesetengah pihak di AS tidak berhenti-henti mengenakan stigma ke atas negara lain, di samping melemparkan tohmahan tanpa mengambil kira fakta sebenar.

Perbuatan tidak bermoral itu menunjukkan sikap endah tak endah pihak pemerintah terhadap ilmu sains, sekali gus mengganggu usaha sama memerangi wabak di peringkat global.

Akibat tekanan AS, pelan siasatan fasa kedua mengenai asal usul COVID-19 yang diumumkan Sekretariat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dicampuri unsur politik.

Sehubungan itu, lebih 70 buah negara lantang menolak siasatan berkenaan dicemari oleh politik.

Dalam pada itu, tinjauan pendapat kendalian kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati, 80 peratus responden daripada warganet serata dunia mengatakan kerja merungkai asal usul koronavirus dicemari unsur politik, manakala 83.1 peratus menyokong WHO menjalankan siasatan di AS.

董筱娉