Tibet Melangkah Maju dalam Tujuh Dekad

2021-08-20 14:52:58  CRI
Share with:

Tahun ini genap 70 tahun wilayah Tibet, China dibebaskan secara damai.

Dalam tempoh tujuh dekad lalu, Tibet menyaksikan perubahan yang amat besar bukan sahaja dalam pembangunan sosioekonomi, tetapi juga dari sudut keterbukaan pintu.

Jumlah pendapatan penduduk Tibet mengekalkan peningkatan pada kadar dua digit selama 18 tahun berturut-turut.

Sebanyak 180 laluan penerbangan domestik dan antarabangsa diwujudkan di Tibet, sementara semua kampung di wilayah itu sudah dihubungkan dengan jalan raya.

Budaya etnik Tibet termasuk bahasa sendiri juga dipelihara dengan baik, sehingga melahirkan 800 warisan budaya bukan benda termasuk opera Tibet dan perubatan tradisional Tibet.

Kepercayaan agama penduduk pelbagai etnik di Tibet dihormati sepenuhnya. Lebih 1,700 buah kuil di wilayah itu kini dilengkapi bekalan air, elektrik dan perkhidmatan internet.

Pembangunan Tibet selama ini jelas membuktikan bahawa perpaduan dan ketenteraman menjamin kebahagiaan, manakala perpecahan dan kecelaruan membawa kesengsaraan.

Prestasi cemerlang Tibet turut menjadi bidasan hebat terhadap tohmahan yang direka-reka kuasa anti-China bagi memburuk-burukkan pentadbiran di wilayah itu. Sebarang cubaan untuk memisahkan Tibet dari tanah air nescaya menemui kegagalan.

林莹