Tibet Sambut Ulang Tahun Ke-70 Pembebasan Damai

2021-08-20 11:17:11  CRI
Share with:

Tibet Sambut Ulang Tahun Ke-70 Pembebasan Damai_fororder_1127777640_16293813261231n

Majlis sambutan ulang tahun ke-70 pembebasan Tibet secara damai berlangsung di Lhasa pada Khamis.

Majlis itu diserikan dengan acara penyampaian plak perutusan tahniah Presiden Xi Jinping yang tertulis inskripsi “membangunkan Tibet yang indah dan bahagia, bersama-sama merealisasikan impian kebangkitan bangsa”.

Tibet Sambut Ulang Tahun Ke-70 Pembebasan Damai_fororder_1127777640_16293805541161n

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Yang ketika berucap dalam majlis itu berkata, pembangunan sosioekonomi Tibet berada pada titik permulaan baharu susulan negara ini sudah mengorak langkah ke arah pembangunan negara sosialis moden yang menyeluruh.

Beliau turut menegaskan perlunya usaha yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat Tibet dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, termasuk memperkukuh hasil pembasmian kemiskinan dan memacu pembangunan di kawasan luar bandar.

Katanya, kerajaan pusat akan terus menambah peruntukan dan sokongan kepada pembangunan wilayah itu.

张哲