China Kekal Penstabil Ekonomi Global

2021-08-21 15:27:47  CRI
Share with:

Walaupun pemulihan ekonomi global kini terjejas susulan penularan varian Delta COVID-19, namun ekonomi China mengekalkan trend pemulihan pada keseluruhannya dengan pelbagai petunjuk makroekonomi berada pada julat yang munasabah.

Menurut statistik, penggunaan sebenar pelaburan asing di China mencecah RMB672 bilion (RM437 bilion) pada tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 25.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Di samping itu, pelaburan langsung bukan kewangan yang dibuat China di negara-negara  terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencecah USD11.2 bilion (RM47.4 bilion), naik 9.9 peratus.

Sektor perkilangan China juga memainkan peranan penting bagi mengatasi kekurangan bekalan dan permintaan pasaran antarabangsa, sekali gus membantu menjamin kestabilan rantaian bekalan global.

Menurut penganalisis, pasaran yang berskala besar dan dasar-dasar yang bijak bukan sahaja membantu China menangkis inflasi, tetapi juga meringankan tekanan inflasi yang dihadapi pelbagai negara di dunia.

Apabila dunia berdepan kebangkitan kecenderungan antiglobalisasi, China yang terus memperluas keterbukaan pintu menjadi penstabil dan pemacu pemulihan ekonomi dunia.

张哲