Mangsa penindasan politik tak berani dibebaskan, sebaliknya penyeludup dadah pula dapat pembelaan.
Inilah dia makna sebenar “keadilan” dan “kehakiman bebas” Barat.
Minggu lalu, semua pembicaraan terhadap Meng Wanzhou, CFO Huawei yang juga anak perempuan kepada pengasas syarikat terkenal teknologi China tersebut iaitu Ren Zhengfei akhirnya ditamatkan di Kanada.
32 bulan yang lalu, Meng Wanzhou ditahan oleh pihak Kanada atas permintaan AS ketika transit di lapangan terbang Vancouver.
Sejak itu, beliau ‘dipenjara’ di dalam rumah dengan gari eletronik dipasang pada kakinya.
Perbicaraan di Kanada adalah untuk memutuskan sama ada Meng perlu diekstradisi ke AS dengan alasan “fraud” terhadap Bank HSBC dan mengadakan perniagaan dengan Iran yang dikatakan telah melanggar sekatan AS.
Hakim Mahkamah Tinggi British Columbia Kanada, Heather Holmes yang menghakimi perbicaraan terhadap kes Meng Wanzhou pada hujungnya menyatakan:
“Kes ini didakwa fraud, tapi tidak kelihatan apa jua kerugian setelah beberapa tahun kemudian. Bahkan yang dikatakan mangsa dalam kes ini, iaitu HSBC, tampaknya seperti difahami dengan jelas hubungan antara Huawei dan Iran oleh ramai staf dan pegawainya. Ini memang luar biasa.”
Meskipun begitu, beliau pun tidak berani langsung mengumumkan Meng Wanzhou dibebaskan!
Sebaliknya, beliau menunda pengumuman keputusan kepada akhir bulan Oktober. Sudah jelas, perancangannya adalah untuk menyerahkan keputusan ini kepada Menteri Kehakiman baharu Kanada yang akan dilantikkan setelah pilihan raya pada 20 September nanti.
Pada masa yang sama, Hakim Thea Kendler yang mewakili kerajaan AS dalam pembicaraan kes Meng Wanzhou di Kanada, telah dicalonkan sebagai Penolong Setiausaha Perdagangan AS yang menjaga pengeksportan, iatu, jabatan mengenakan sekatan terhadap Huawei.
Bukan Satria nak bersifat prejudis, tetapi dengan bukti-bukti tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa kes ini sama sekali tidak berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh Meng Wanzhou.
Tetapi, ini sebenarnya adalah pembanterasan politik AS terhadap syarikat Huawei yang telah memegang teknologi penting 5G, yang telah berjaya menduduki pasaran majoriti di dunia pada tiga tahun yang lalu.
Hingga sekarang, kuota Huawei telah dikurangkan secara besar-besaran kerana kekurangan bekalan cip 5G.
Tanpa keizinan dari AS, meskipun yang menyedari dakwaan kurang masuk akal, hakim dari Kanada pun tidak berani mengeluarkan keputusannya.
Kalau dilihat dari situasi ini, mungkin Meng Wanzhou hanya akan dibebaskan setelah Huawei dihancurkan.
Pada masa yang sama, Robert Lloyd Schellenberg, seorang warga Kanada yang menyeludup lebih 222 kilogram syabu ke China telah dijatuhkan hukuman mati di mahkamah China pada 10 Ogos.
Satria pasti, ramai tahu sejarah bahawa China pernah mengalami kesengsaraan ekoran penyeludupan candu negara Barat pada abad ke-19, dan sebab itu jugalah hukuman terhadap jenayah penyeludupan dadah amat berat.
Berdasarkan undang-undang China, menyeludup syabu sebanyak lebih 50 gram boleh dihukumkan penjara selama 15 tahun ke atas atau hukuman mati.
Robert Lloyd Schellenberg merupakan dalang dan penjenayah utama dalam kes tersebut, bahkan jumlah syabu yang diseludupnya adalah 4000 kali ganda lebih banyak berbanding standard undang-undang China.
Kes yang cukup jelas dan dibicarakan secara terbuka kepada diplomat Kanada di China ini mengekorkan rasa tidak puas hati Kanada bahkan banyak negara Barat, termasuk juga Jepun.
Pada 11 ogos , iaitu sehari selepas keputusan hukuman mati Robert Lloyd Schellenberg diumumkan, diplomat 25 buah negara berkumpul di Kedutaan Besar Kanada di Beijing untuk menyatakan sokongan terhadap seorang penyeludup dadah, menyeru China membatalkan keputusan tersebut.
Sedikit selingan, sekitar 200 tahun yang lalu, ketika barangan perdagangan biasa dari Barat didapati sukar mendapat tempat di pasaran China, negara Barat yang diwakili Britain memilih untuk menyeludup candu kepada China, merampas sejumlah besar dana China sekali gus melemahkan fizikal dan badan orang China.
Apabila kerajaan Dinasti Qing membanteras penyeludupan candu, negara-negara Barat pula mula menghantar kapal perang ke China untuk memaksa China berlutut.
Hingga hari ini, apabila mahkamah China memberi hukuman kepada penyeludup dadah dari Barat mengikut lunas undang-undang, kerajaan negara-negara Barat tetap nak memaksa China berlutut dengan apa yang dikatakan “suara antarabangsa”.
Situasi pelik ini bukan sahaja memeningkan orang tempatan, malahan netizen Barat pun nampaknya garu kepala melihat berita seperti ini.
Ada komen, sekiranya penjenayah yang sama juga dibuktikan menyeludupkan dadah ke negara Barat, apatah lagi dengan jumlah yang sedemikian, cuba bayangkan hukuman yang bakal menimpa si penyeludup?
Ada juga yang hantar komen, “mengapa kerajaan kita memilih menyokong seorang penyeludup dadah, bukankah sepatutnya kita tumpang gembira dengan berita kejayaan China ini?”
Kepada netizen Barat, jawapan Satria mudah, inilah dia makna sebenar “keadilan” dan “kehakiman bebas” yang dicanang-canang oleh para pemimpin mereka.