Terbati Dalam Pembangunan Tanah Air, Hong Kong Maju Terus

2021-08-24 16:12:40  CRI
Share with:

Terbati Dalam Pembangunan Tanah Air, Hong Kong Maju Terus_fororder_微信图片_20210824122541

Pada 23 hingga 25 Ogos, sebuah delegasi penyampai taklimat tajaan Pejabat Hal Ehwal Hong Kong dan Makau Dewan Negara, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Sains dan Teknologi dan Bank Rakyat China bertolak ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong untuk mengadakan siri aktiviti bagi memberi penerangan tentang perincian Rancangan Lima Tahun Pembangunan Sosioekonomi Kebangsaan ke-14 (FYP ke-14), yang dilihat kondusif  bagi Hong Kong mengambil kesempatan pelaksanaan FYP ke-14 untuk bersebati dalam pembangunan tanah air dengan lebih baik.

FYP ke-14 menegaskan China mempergiat usahanya dalam membentuk paradigma pembangunan baharu yang mengambil kitaran domestik sebagai tonggak utama, manakala kitaran domestik dan kitaran antarabangsa saling menggalakkan. Hong Kong patut dan juga mampu dengan aktif memainkan peranan sebagai 'peserta' dalam kitaran domestik dan 'penggerak' dalam kitaran antarabangsa, sekali gus mencipta peluang untuk menjana pembangunan sendiri.

Kitaran domestik diutamakan bermakna China menumpukan perhatian utama terhadap pembangunan domestik, memperluas permintaan domestik secara berterusan dan berusaha menangani urusan domestik dengan baik. Bagi Hong Kong, adalah sangat teruja boleh memanfaatkan pasaran kawasan pedalaman yang berskala begitu besar serta siri langkah perangsangan permintaan domestik.

Di samping menekankan keutamaan terhadap kitaran domestik, China juga komited kepada kesalinghubungan yang lebih baik antara pasaran domestik dengan pasaran antarabsngsa melalui penerokaan potensi permintaan domestik. Dalam usaha ini, Hong Kong boleh menonjolkan kelebihannya dalam memainkan peranan sebagai 'penggerak' dalam kitaran antarabangsa.

Terbati Dalam Pembangunan Tanah Air, Hong Kong Maju Terus_fororder_微信图片_20210824122551

Menurut FYP-14, Hong Kong akan disokong untuk meningkatkan kedudukannya sebagai pusat kewangan, pengangkutan dan perdagangan antarabangsa di samping memperkukuh fungsinya sebagai hab perniagaan RMB luar pesisir global, pusat pentadbiran aset dan pusat pengendalian risiko antarabangsa.

FYP-14 juga menggariskan hala tuju pembangunan Hong Kong pada masa depan termasuk menyokong peningkatan kedudukan Hong Kong sebagai hab penerbangan antarabangsa, pembinaan pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa, pusat perdagangan hak harta intelek serantau serta membangunkan pusat pertukaran budaya dan kesenian China dan negara asing di Hong Kong. Langkah-langkah tersebut pasti akan memberikan tenaga penggerak yang baharu kepada pembangunan Hong Kong.    

曹捷