Minggu Sosialisasi “Jimat Tenaga” Kebangsaan 2021 Dimulakan

2021-08-24 12:08:29  CRI
Share with:

Minggu Sosialisasi Jimat Tenaga Kebangsaan 2021 yang bertemakan “Jimat Tenaga, Kurangkan Pelepasan Karbon, Realisasikan Pembangunan Hijau” telah dirasmikan secara dalam talian semalam, dan akan berlangsung hingga 29 Ogos akan datang.  

Minggu Sosialisasi Jimat Tenaga Kebangsaan ke-31 anjuran bersama Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara dan kerajaan bandar Beijing ini mengandungi tiga komponen utama yang akan diadakan secara dalam talian, iaitu syarikat berkenaan membuat komitmen tentang penjimatan sumber tenaga dan pengurangan pelepasan karbon, menggubal dan meminda piawaian dalam bidang penjimatan sumber tenaga serta pengurangan pelepasan karbon, dan sejumlah aktiviti tajaan kerajaan bandar Beijing pada minggu ini.

张宪