Kawalan Wabak Yang Ketat Tidak Asingkan China daripada Dunia

2021-08-24 15:29:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_src=http-%2F%2Finews.gtimg.com%2Fnewsapp_bt%2F0%2F13907780606%2F641&refer=http-%2F%2Finews.gtimg

Syabas, setelah respons berkesan menghadapi impak varian Delta, status kawalan wabak di seluruh bandar Nanjing telah diturunkan kepada “kawasan berisiko rendah”. Selain itu, kawalan pergerakan di komuniti ibu bapa mentua Satria di bandar Zhengzhou juga sudah dibatalkan.

Menghadapi varian yang lebih mudah menular, strategi yang digunakan China tetap menyasarkan sifar kes baharu. Ini keputusan diambil berdasarkan situasi semasa dan bertujuan menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

Namun dalam laporan sebahagian media Barat, ini disifatkan sebagai langkah untuk memelihara pentadbiran dan akan banyak membazirkan dana, serta akan menjejaskan kebebasan ekonomi sekali gus mengakibatkan China diasingkan oleh dunia.

Mengikut pengamatan Satria, apa yang jelas adalah, sekiranya kerajaan gagal mengawal wabak, ia sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan secara tidak langsung kegagalan tersebut akan ditujukan kepada pihak pemerintah.

Cuba tengok keadaan di AS, lebih 38 juta orang dikesan terjangkit, lebih 645 ribu orang terkorban. Natijahnya? Donald Trump digulingkan.

Bagi kerajaan China, prinsip yang dipegang selalu mengutamakan keselamatan dan kesihatan rakyat, oleh itu ia mendapat sokong penuh dari rakyat.

Kalau dikira dari segi ekonomi, taktik yang digunakan di China ini sebenarnya tidaklah membazirkan wang.

Baru-baru ini ketika mendapati gejala varian Delta, bandar Wuhan yang pernah mengalami impak COVID-19 segera sekali lagi melaksanakan ujian calitan ke atas lebih 10 juta penduduk tempatan.

Pada tahun lalu, pemeriksaan secara menyeluruh di Wuhan mengambil masa selama 10 hari dan kosnya pula adalah RM586 juta.

Namun, pada kali ini hanya tiga hari saja diperlukan yang menyaksikan sebanyak sembilan individu di dalam komuniti yang telah dikuarantin didapati positif, sekali gus mengelakkan penularan lebih luas.

Pada masa sama, KDNK Wuhan untuk setiap hari mencatat RM3 bilion.

Andai kata Wuhan sekali lagi terpaksa menghadapi situasi yang perlu melaksanakan kawalan pergerakan sepanjang dua bulan seperti awal tahun lalu, kerugiannya jauh lebih besar.

Bukti yang lebih kukuh dari pertumbuhan KDNK China pada setengah tahun pertama ini. Jumlahnya mencatat USD8.22 trilion, iaitu meningkat 12.7% dan situasi ini berjaya merapatkan jurang KDNK antara China dan AS.

Jadi adakah China telah mengasingkan diri dari dunia dengan kawalan wabak yang ketat?

Dalam Sukan Olimpik Tokyo, China telah menghantar kontinjen yang terdiri darpada 777 orang, iaitu kontinjen paling ramai untuk menyertai temasya sukan di luar China. Untuk Paralimpik Tokyo yang akan dirasmikan malam ini, China pula menghantar kontinjen yang terdiri daripada 437 orang.

China juga sedang bersiap untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal diadakan di Beijing pada bulan Februari tahun depan. Atlet dari seluruh dunia dialu-alukan datang ke China untuk memperlihatkan persembahan terbaik.

“Teori keruntuhan China” menjadi popular sejak keruntuhan Kesatuan Soviet. Cuma setelah lebih 20 tahun kemudian, China bukan hanya tidak pernah runtuh, sebaliknya menjadi semakin kukuh.

Yang Satria musykil, meskipun begitu, teori ini terus diulangi oleh sebahagian media politikus Barat.

Tatkala kita menghadapi pandemik, mereka mengada-adakan “China akan runtuh dengan impak wabak”. Kemudian, bila ia gagal, mereka ubah pulan pelan dengan mengada-adakan “China akan runtuh ekoran kawalan wabak yang ketat”.

Fatkanya, China mungkin negara pertama yang berjaya mengawal penularan varian Delta.

Taktik menyifarkan kes baharu tetap bersesuaian dengan keadaan buat masa ini dan mampu menyediakan perlindungan terbaik bagi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Bagaimanapun, taktik China untuk menangani pandemik juga akan diubahsuaikan berdasarkan perkembangan terkini di dalam dan luar China.

 
张弘