Li Utus Kawat Tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob

2021-08-24 13:33:23  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Keqiang semalam mengutus kawat tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob yang baru terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Li dalam kawat tahniahnya menyatakan bahawa China dan Malaysia yang bersempadankan laut mempunyai tradisi sebagai jiran baik. Hubungan kedua-dua negara berkembang terus dalam jangka masa panjang yang lalu, dan kerjasama dalam pelbagai bidang pula terus meningkat. Ini bukan sahaja membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan dan perkembangan serantau.

Li menyatakan kesediaan untuk berusaha bersama dengan Ismail Sabri Yaakob untuk memperkasa kerjasama dalam uasha melawan pandemik COVID-19, menggalakkan kerjasama pragmatik dalam bidang utama agar mencapai lebih banyak hasil, sekali gus meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

吕清