Campur Tangan Ketenteraan AS Bawa Malapetaka kepada Rakyat Afghanistan

2021-08-25 12:57:04  CRI
Share with:

Campur tangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan telah membawa malapetaka kepada rakyat tempatan.

Demikian dinyatakan wakil China, Cuba, Venezuela dan Iran dalam Mesyuarat Khas Mengenai Isu Afghanistan yang diadakan Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) semalam.

Wakil China ke Jabatan Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu berkata, Afghanistan telah menyaksikan perubahan yang drastik dalam perkembangan situasi terkini. China menghormati kehendak dan pilihan rakyat tempatan, dan menganggap ia sangat mustahak bagi memulihkan kedamaian, kestabilan dan kesentosaan dengan secepat mungkin.

Kata beliau, China menanti-nantikan Taliban menunaikan janjinya, dan melaksanakan dasar dalam dan luar yang moderat dan konsisten. AS yang bertudung demokrasi dan hak asasi manusia mencampur tangan secara ketenteraan, memaksa negara yang jauh berbeza sejarah dan kebudayaannya menerima model Barat, dan menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah di negara terbabit sehingga membawa malapetaka kepada rakyat setempat. Pendekatan menerusi kuasa paksa dan ketenteraan terbukti bukan yang kondusif, dan hanya akan membawa ancaman terhadap keamanan dan kestabilan serantau dan pencabulan terhadap hak asasi manusia rakyat tempatan. Isu pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan tentera AS, Britain dan Australia di Afghanistan semestinya dibawa ke meja pengadilan.

Wakil Cuba dan Iran juga mendakwa, AS dan sekutunya seharusnya bertanggungjawab terhadap situasi semasa yang berbahaya yang penuh dengan pergolakan di negara terbabit.

高蕾