"Hakim Hak Asasi Manusia" Harus Bicarakan Dirinya Terlebih Dahulu

2021-08-25 14:59:31  CRI
Share with:

"Hakim Hak Asasi Manusia" Harus Bicarakan Dirinya Terlebih Dahulu_fororder_微信图片_20210825145836

23 Ogos merupakan Hari Antarabangsa Peringatan Pemerdagangan Hamba dan Penghapusannya yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Yang menjadi olok-olok itu adalah,  Amerika Syarikat (AS) selaku “penjual manusia” terus menyenaraikan diri dalam kumpulan negara yang pertama yang paling baik prestasinya, dalam apa yang disebut “laporan tahunan pemerdagangan manusia” yang dikeluarkannya baru-baru ini. Permainan politik berdasarkan dwistandad itu sungguh mengejikan.  

Sistem hamba dan pemerdagangan hamba termasuk pemerdagangan hamba merentasi Atlantik yang sangat kejam dan mengerikan, merupakan lakuan mencabuli hak asasi manusia yang paling buruk dalam sejarah manusia. AS, negara gergasi No.1 di dunia pada dewasa ini, justeru menyelesaikan pengumpulan kekayaan asasnya berdasarkan korbanan hamba. Sebagai penghisap darah golongan hamba, AS tak malukah ketika membicarakan 'hak asasi manusia'? Tak malukah menuding jari kepada negara lain mengikut alasan yang bukan-bukan?

Yang amat mengejutkan adalah gejala pemerdagangan manusia dan kerja paksa masih wujud di wilayah AS, antaranya golongan minoriti lebih mudah dijadikan sasaran dan mangsa.

AS yang mempunyai catatan hak asasi manusia yang terlalu buruk digesa menangani masalah sendiri terlebih dahulu, sebelum bertindak ironi menuding jari kepada negara lain.

曹捷