Penyiasatan Punca COVID-19 dari Badan Perisikan AS Kurang Meyakinkan

2021-08-25 16:44:22  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_src=http-%2F%2Fwww.globalview.cn%2Fd%2Ffile%2Fimage%2F202001%2F1578624875829621.jpeg&refer=http-%2F%2Fwww.globalview

Semalam merupakan hari terakhir yang Joe Biden berikan kepada badan perisikan AS untuk mengeluarkan laporan “penyiasatan punca COVID-19”.

Jurucakap White House, Jen Psaki menyatakan bahawa Joe Biden akan mendengar laporan.

Kemudian katanya, laporan edisi yang tidak mendedahkan isi kandungan sulit kepada awam akan dikeluarkan kelak dan hanya akan mengambil tempoh beberapa hari lagi.

Meskipun belum membaca laporan tersebut, Satria boleh bayangkan apa isi kandungan yang tercatat dalam laporan tersebut.

Yang pertama, kandungan tersebut mesti melaporkan bahawa COVID-19 berpunca dan bocor dari makmal Wuhan kerana itulah misi sebenar Presiden yang meminta laporan tersebut dikeluarkan.

Selepas itu, semua agenda politik yang selanjutnya untuk membanteras China baru dapat digalakkan.

Oleh itu, meskipun majoriti pakar dalam kalangan sains berpendapat COVID-19 sama sekali tidak mungkin berlaku akibat kebocoran dari makmal di Wuhan, bahkan ia sudah tertulis dalam laporan kumpulan pakar antarabangsa anjuran WHO setelah melawat makmal di Wuhan, keputusan laporan badan perisikan AS mesti berbeza.

Mengapa? Mudah, sebab ia merupakan misi politik, tiada kaitan dengan sains

Kedua, bukti mesti ada. Dalam bidang ini, badan prisikan AS sememangnya profesional. Seluruh dunia masih ingat “bukti” yang disediakan oleh badan perisikan kepada Setiausaha Negara AS pada masa itu Colin Powell pada tahun 2003.

Powell menunjukkan sebotol “serbuk cuci” di Majlis Keselamatan PBB sebagai bukti senjata biokimia milik Iraq. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pemantauan dan Pemeriksaan yang dimisikan oleh PBB tidak mendapat apa jua bukti mengenai senjata biokimia di Iraq setelah melakasanakan penyiasatan selama 4 bulan di negara itu.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Hans Blix menyatakan bahawa ketika mendengar laporan Powell, beliau pelik dari manakah sumber perisikan AS dan mengapa ia tidak disediakan kepada pihak mereka untuk disahkan selanjutnya?

Bagaimanapun, ini rahsia yang hanya boleh dilaporkan kepada White House.

AS macam kereta api yang penuh senjata dan telah berlepas, tidak mungkin berhenti lagi.

Bulan Mac 2003, AS memulakan perang terhadap Iraq, jawatankuasa dipimpin Hans Blix terpaksa menarik diri dari Iraq.

Kembali ke penyiasatan COVID-19 yang dilaksanakan oleh badan perisikan AS kali ini, bukti mesti ada, mungkin sebotol serbu cuci lagi atau sebotol susu pula akan dikeluarkan sekali lagi, tapi sumbernya pula akan diklasifikasikan sebagai rahsia, yang hanya boleh dilaporkan kepada White House.

Ketiga, apa tindakan selanjutnya?

Tak mungkin mencetuskan perang dengan China, ini bukan sasaran AS buat masa ini. Tapi ini alasan baik untuk meneruskan perang perdagangan dengan China.

Khusunya pelbagai syarikat biofarmasi yang mengeluarkan vaksin di China seperti Sinovac dan Sinopharm.

China telah menyediakan 800 juta dos vaksin kepada dunia, majoritinya negara-negara membangun. China juga janji menyediakan 2 bilion dos vaksin kepada dunia pada tahun ini.

Berbanding China, bantuan vaksin yang disediakan oleh negara Barat sedikit saja. Bagaimanapun, perkembangan pandemik telah jelas membuktikan vaksin COVID-19 bakal menjadi vaksin rutin yang wajib disuntik setiap tahun.

Ini sekali gus memberi makna bahawa ia akan menjadi pasaran yang begitu besar.

Syarikat biofarmasi Barat dulu hanya mematuhi keperluan negara maju. Tapi, selepas ini mereka pasti mempunyai hasrat untuk menduduki pasaran lebih luas di dunia dan menghadapi persaingan dari sayrikat China.

Oleh itu, selain menghitamkan imej China dan vaksin China dengan menggunakan “siasatan punca COVID-19”, sekatan terhadap syarikat biofarmasi China turut dijangka akan diadakan.

Pakar-pakar dari Sinovac atau Sinopharm boleh didakwa menyertai pengajian COVID-19 dalam makmal di Wuhan, seterusnya mengenakan sekatan kepada mereka.

Vaksin China pun boleh dihitamkan disiapkan atas penyelidikan dalam makmal di Wuhan dan negara-negara yang nak mengawal hubungan dengan AS dilarang membeli lagi vaksin dari China.

Cuma AS tidak sekuat seperti 20 tahun yang lalu yang boleh bertindak sewenang-wenang di arena antarabangsa, China pun bukan Iraq.

Yang lebih penting, taktik AS ini telah lapuk dan seluruh dunia dah sedar akan taktik mereka ini.

Satria harap jangkaan Satria ini salah. Jika benar, mungkin mereka perlu lantik pasukan pemikir atau “think tank” yang baharu.

张弘