Wang Hao:Berlari di Medan Olahraga Sumber Motivasi Terbesarku

2021-08-25 15:01:47  CRI
Share with:

Wang Hao:Berlari di Medan Olahraga Sumber Motivasi Terbesarku_fororder_wang

Wang Hao, atlet olahraga China yang menyertai Sukan Paralimpik Tokyo. Beliau dan atlet memanah, Zhou Jiamin dipilih sebagai pembawa bendera kontinjen China dalam majlis perasmian temasya sukan tersebut.

Pada tahun 2017 dan 2019, Wang Hao berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki Kejohanan  Olahraga Paralimpik Dunia. Pada temasya kali ini, beliau akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu pecut 100 meter kategori T46, lompat jauh dan lari berganti-ganti campuran 4x100 meter.

Wang Hao:Berlari di Medan Olahraga Sumber Motivasi Terbesarku_fororder_wang3

Wang Hao mengalami kecacatan di lengan kanannya sejak dilahirkan. Walaupun beliau sentiasa mengikuti latihan profesional, namun masih menghadapi kesukaran ketika melakukan latihan kecergasan dan kekuatan fizikal. Namun begitu, beliau tidak gentar menghadapi kesukaran, dan cekal mengikuti latihan yang berintensiti tinggi.

"Cara untuk mengatasi kesukaran adalah dengan melakukan yang terbaik, dan berlari di medan olahraga adalah sumber motivasi terbesar bagi saya," ujar beliau.

 

覃淼