China Tuntut Siasatan Ke Atas Makmal Dan Universiti AS

2021-08-26 13:29:41  CRI
Share with:

China Tuntut Siasatan Ke Atas Makmal Dan Universiti AS_fororder_微信图片_20210826105214

Wakil Tetap China ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang juga Wakil China ke Pertubuhan Antarabangsa di Switzerland, Chen Xu berkata, jika sesetengah pihak mempertahankan hipotesis kebocoran makmal COVID-19, jadi prinsip adil dan saksama perlu diamalkan untuk menjalankan siasatan terhadap makmal Fort Detrick dan University of North Carolina di Amerika Syarikat( AS).

Dalam suratnya kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam, Chen mengulangi lagi pendirian konsisten China dalam isu merungkai asal usul COVID-19, iaitu menurut keputusan yang terkandung dalam laporan penyelidikan bersama China-WHO berhubung punca virus berkenaan, koronavirus baharu diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” tersebar dari makmal.

Yang dilampirkan dalam surat tersebut, dua kertas kerja yang masing-masing bertajuk" Perkara yang disangsikan mengenai Fort Detrick (Institut Penyelidikan Perubatan Penyakit Berjangkit Tentera AS )" dan "Penyelidikan Koronavirus Dijalankan Pasukan Dr. Ralph Baric di University of North Carolina", serta sebuah surat bersama yang dibubuhi tandatangan dari lebih 25 juta netizen China kepada WHO yang menuntut siasatan ke atas makmal Fort Detrick.

吕清