Lapoan Media China dan Barat Mengenai Afghanistan dalam Seminggu ini

2021-08-26 14:44:56  CRI
Share with:

Lapoan Media China dan Barat Mengenai Afghanistan dalam Seminggu ini_fororder_745907833

Semenjak satu dua hari ini, jika anda tonton media AS seperti CNN, anda akan turut dapat tonton gambar dan video seperti; Juruterbang pesawat pengangkutan AS menurunkan ketinggian untuk memudahkan seorang wanita melahirkan anak dalam penerbangan, askar AS bagi air minuman kepada seorang anak perempuan Afghanistan dan askar AS memainkan ukulele untuk menghiburkan kanak-kanak Afganistan.

Semua laporan tersebut seolah-olah sedang memberi solekan kepada imej AS yang telah dihitamkan ekoran tindakan di Afghanistan.

Bagaimanapun, fakta yang perlu kita tahu adalah kemalangan kemanusiaan di negara itu tidak terhenti dalam beberapa hari ini. Kesedihan kanak-kanak Afganistan pun tidak mampu dihiburkan dengan melodi ukulele askar AS.

Berdasarkan laporan wartawan CGTN China dari Afghanistan, seorang warga Afghan yang tunggu di luar lapangan terbang Kabul mendakwa askar AS dan Jerman menembak gas air mata kepada mereka yang masih membawa ramai kanak-kanak.

Tapi, suara seperti ini langsung tidak kedengaran melalui media Barat? Mengapa? Mudah jawapnnya. Ia adalah kerana mereka telah lari bersama tentara AS.

Wartawan CNN, Clarissa Ward, dilihat sebagai “wirawati” oleh Barat kerana berani membuat liputan di jalanan Kabul dan berjaya mengambil video dihalang oleh askar Taliban. Ini “berita” yang mereka mahukan.

Selepas selesai “penggambaran”, beliau kemudian menaiki pesawat untuk pulang ke AS pada 6 hari yang lalu.

Setelah digelar sebagai “wirawati” apabila pulang dari Kabul, CV beliau pasti akan turut sama melonjak.

Bagi media Barat, berbanding keadaan pasca tentera AS di Afghanistan, nyawa orang Barat adalah yang paling berharga.

Kalau mengikut pemerhatian Satria, naratif mereka sekarang tertumpu kepada kepada budi bahasa askar AS terhadap pelari dari Afghanistan.

Berbanding AS yang sibuk dengan naratif dan propaganda mereka, dalam tempoh seminggu yang lalu, media China pula menyediakan pelbagai laporan yang objektif mengenai keadaan terkini di Afghanistan.

Lapoan Media China dan Barat Mengenai Afghanistan dalam Seminggu ini_fororder_0826b.JPG

Termasuk liputan di luar lapangan terbang Kabul yang Satria sebut tadi, laporan dari Kumpulan Media China (CMG) dikutipkan sebanyak 30696 kali orang 1687 media di seluruh dunia, termasuk CNN, BBC, FOX, DW, NHK, AP, Reuters dan lain-lain.

Pelbagai media di bawah CMG termasuk CGTN, CCTV dan CRI turut mewancara Jurucakap Taliban, Naib Pengerusi Jawatankuasa Budaya Talian dan Bekas Perdana Menteri Afghanistan, menyampaikan maklumat kedua-dua pihak untuk mengawal kedamaian dan pembangunan negara itu kepada dunia.

Pada masa yang sama, meskipun menghadapi risiko keselamatan, wartawan CMG terus membuat liputan di Kabul. Pada 17 Ogos lalu, Taliban buat kali pertama mengadakan sidang akhbar di Kabul. Mikrofon yang membawa tanda CCTV kelihatan di tengah-tengah di meja, tapi tidak kelihatan dalam sebarang agensi media Barat.

Pada 19 Ogos lalu, askar Taliban mengetuk pintu Pejabat CMG di Kabul. Namun, setelah melihat ia adalah jabatan media dari China, mereka meninggal tanpa cakap apa pun.

Manakala, Naib Pengerusi Jawatankuasa Budaya Taliban yang jaga ehwal media pula memberi jaminan kepada CMG bahawa Taliban akan menjamin kebebasan kerja media, tak kira wartawan lelaki atau perempuan.

Cuma tegasnya, media perlu melaporkan fakta kepada dunia, memberi kritikan dan cadangan kepada pembaharuan sosial dengan cara yang sihat.

张弘