Jabatan Perisikan AS yang Asyik Memalsu

2021-08-26 15:34:27  CRI
Share with:

Jabatan Perisikan AS yang Asyik Memalsu_fororder_微信图片_20210826153341

24 Ogos merupakan tarikh terakhir yang ditetapkan kerajaan Amerika Syarikat(AS) bagi jabatan perisikan negara itu untuk merungkai asal usul virus COVID-19 dalam tempoh 90 hari. Ini hanya satu farsa politik yang belaka yang bertujuan membodohkan dunia luar, jika melihat modus operandi AS yang menugaskan jabatan perisikan menjalankan penyeledikan sains, tak kira apa kesimpulan yang dikeluarkannya.

Perkataan yang amat terkenal dari bekas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo,iaitu “kami berbohong, kami menipu dan kami mencuri……”justeru mendedahkan modus operandi jabatan perisikan AS yang keji dan jijik. Dalam sejarah silam, jabatan perisikan selaku alat pemelihara hegemoni model AS sememangnya pernah melakukan langkah-langkah yang menjijikkan dalam bilangan yang tidak terkira.

Bagi jabatan perisikan AS, pemalsuan hanya salah satu tipu muslihatnya, yang lebih mengerikan adalah memanipulasi pengamal media sejumlah negara melalui Operation Mockingbird.

Jabatan Perisikan AS yang Asyik Memalsu_fororder_微信图片_20210826153351

Pada dewasa ini, jabatan perisikan AS tetap mahu cuba mengelirukan orang ramai melalui memanipulasi media. Namun, sains mustahil dimanipulasi oleh politik. Laporan Penyelidikan Bersama China-Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada penghujung Mac lalu telah menunjukkan keputusan dan cadangan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan kalangan alhi sains, yang menyatakan koronavirus baharu 'sangat tidak berkemungkinan' terbocor daripada makmal China.Kerja seterusnya untuk merungkai asal usul COVID-19 pada masa depan sepatutnya dilaksanakan berdasarkan laporan itu. China akan terus menyokong dan menyertai kerja berkenaan, sambil menangkis fitnahan yang dilontarkan jabatan perisikan AS.

曹捷