Negara Pantai Berhak Dakwa Ganti Rugi dari Jepun

2021-08-26 13:30:36  CRI
Share with:

Negara Pantai Berhak Dakwa Ganti Rugi dari Jepun_fororder_微信图片_20210826103413

Laporan media Jepun mendedahkan kerajaan Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) sudah membuat keputusan untuk melepaskan air kumbahan dari loji tenaga nuklear Fukushima ke laut.

Jika maklumat tersebut adalah benar, Jepun berdegil melakukan tindakan yang mengancam keselamatan persekitaran global dan kesihatan rakyat tanpa mempedulikan bantahan keras dari dalam serta luar negara, negara-negara jiran di Asia Pasifik bahkan semua negara pantai berhak mendakwa ganti rugi dari Jepun.

Tentang isu kumbahan air nuklear, pihak Jepun perlua menyedari bahawa ini bukan sekadar isu domestiknya, malahan berkaitan rapat dengan keselamatan persekitaran ekologi lautan global dan kesihatan rakyat pelbagai negara. Jepun tidak dibenarkan melepaskan air kumbahan nuklear ke laut dengan hanya mengikut kehendak sendiri sebelum mendapat kata sepakat melalui perbincangan dengan pihak-piahk terbabit dan agensi antarabangsa berkenaan.

Negara Pantai Berhak Dakwa Ganti Rugi dari Jepun_fororder_微信图片_20210826103427

Menurut “konvensyen Undang-undang Lautan PBB”, pelbagai negara patut memikul tangggungjawab untuk menjaga persekitaran lautan. Jepun sebagai negara pemeterai konvensyen tersebut tidak boleh melarikan diri daripada memikul tanggungjawab yang sewajarnya.

Sikap dan tindakan diambil pihak Jepun dalam isu kumbahan air nuklear setakat ini, sudah mencerminkan bahawa pihaknya bukan negara yang bertanggungjawab, sebaliknya negara yang hanya mementingkan keuntungan diri sendiri. Jika politikus Jepun degil terus mencabar undang-undang antarabangsa, asas moral dan akhlak, pastilah akan diheret ke meja pengadilan dan meninggalkan nama yang keji dalam sejarah.

张宪