'Rakyat', Petua PKC Untuk Mengecapi Pencapaian Cemerlang

2021-08-27 15:25:18  CRI
Share with:

'Rakyat', Petua PKC Untuk Mengecapi Pencapaian Cemerlang_fororder_rp

Apa logik dan petua milik Parti Komunis China (PKC) yang berjaya mengecapi pencapaian cemerlang pada seratus tahun yang lalu? Jawapan terhadap soalan yang sejak sekian lama menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa itu terkandung dalam dokumentari "Misi dan Sumbangan PKC" terbitan Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat PKC semalam, iaitu "berasal dari rakyat, bergantung pada rakyat, dan berjuang demi rakyat".

Sebagai parti politik yang berpandukan Marxisme, PKC ditubuhkan dalam pergelutan yang dahsyat antara rakyat China dengan pemerintah feudal dan penceroboh asing. Dari perjuangan menghalau penceroboh hingga pembangunan republik baharu; dari pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka hingga kejayaan membangunkan masyarakat makmur sederhana, semangat inisiatif dan inovatif rakyat China dapat disemarakkan sepenuhnya di bawah pimpinan PKC, sekali gus membuktikan kebenaran 'rakyat adalah pencipta sejarah'.

'Rakyat', Petua PKC Untuk Mengecapi Pencapaian Cemerlang_fororder_rp2

Rakyat China menjadi semakin bahagia dan relevan dalam pencapaian yang cemerlang di tanah air, yang dilihat tidak terlepas dari nilai-nilai yang diamalkan PKC pada seratus tahun lepas. Contohnya, China merekodkan pendapatan perkapita USD10,000 (RM42,000) lebih, dan membentuk golongan berpendapatan sederhana yang populasinya mencecah 400 juta, iaitu paling besar skalanya di dunia. Sementara itu, China juga menubuhkan sistem jaminan sosial yang terbesar di dunia, dan diiktiraf umum sebagai salah satu negara yang paling aman dan selamat di dunia. Kini, orang China berkemampuan dan bersedia menyumbang kepada pemeliharaan kedamaian dan pembangunan sejagat.

'Rakyat', Petua PKC Untuk Mengecapi Pencapaian Cemerlang_fororder_rp3

Sentiasa memartabatkan rakyat, merupakan petua PKC yang berjaya mengecapi pencapaian yang cemerlang dalam sejarah silam dan juga penyangga PKC untuk melakar masa depan yang lebih cerah. Oleh itu, apa jua komplot yang berniat memecahbelahkan dan mempertentangkan PKC dengan rakyat ataupun menghasut rakyat melepaskan pimpinan PKC, pasti gagal.

高蕾