Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2021 Minggu Depan

2021-08-27 14:11:26  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) tahun 2021 akan diadakan di Beijing bermula 2 hingga 7 September. Lebih 100 buah syarikat dan agensi yang tertarik dengan satu pameran tambahan CIFTIS, iaitu pameran khas mengenai rantai bekalan dan perkhidmatan perniagaan, dilaporkan telah menyelesaikan pendaftaran pempamer secara dalam dan luar talian dan semua pavilion pameran berkenaan sudah habis ditempah.

Menurut maklumat yang terbabit, pameran tersebut akan melalui platform awan digital dan internet mudah alih, menggunakan teknologi baharu termasuk penstriman langsung 5G dan gerai maya 3D untuk menyediakan perkhidmatan yang beraneka macam dalam talian. Selain itu, zon rundingan tersedia sepanjang berlangsungnya pameran fizikal bagi memudahkan pihak pempamer dan pengunjung memperincikan setiap perbincangan perdagangan.

曹捷